☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 21 Februari 2023

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Menyambut Tahun ke-30

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix menyambut tahun ke-30 sejak penubuhannya yang berlangsung di M Resort and Hotel, Kuala Lumpur. Kejuaraan Cub Prix telah memulakan saingan pada tahun 1994 dengan lima pusingan yang diadakan di daerah-daerah berlainan sekitar Semenanjung Malaysia. Perlumbaan dengan 10 pusingan pula bermula pada tahun 2006 sehingga kini yang menjadikan Cub Prix berjaya melengkapkan 240 pusingan secara keseluruhan. Sambutan yang menggalakan juga memberi peluang buat Cub Prix untuk menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Majlis sambutan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh yang menyempurnakan perasmian musim ke-30 bagi sukan permotoran nasional itu. Turut hadir bersama pada majlis malam itu ialah Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Datin Anita Azrina Abdul Aziz dan Pengarah Promosi Safe AIM Mutual Sdn Bhd (SAM), Ron Hogg.

"Cub Prix bermula dengan aspirasi untuk memberikan peluang buat bakat-bakat tempatan supaya mereka berpeluang mengetengahkan bakat dalam sukan permotoran di Malaysia. Kami amat berbangga dengan pencapaian Cub Prix yang berjaya membuka laluan kepada para pelumba mahupun pasukan untuk mengorak langanh ke tahap seterusnya di Asia mahupun antarabangsa. Pencapaian ini juga berjaya dengan kerjasama dan sokongan daripada keluarga Cub Prix," kata Ron Hogg.

"Misi kami untuk terus meneroka dan mengatasi batasan di sukan permotoran agar para pelumba kita yang berpengalaman mendapat pendedahan dan peluang untuk terus berjaya ke pentas tertinggi. Dengan adaganya sokongan dan dorongan yang berterusan oleh semua pihak, kami yakin dapat merealisasikan misi tersebut," tambah beliau.

Majlis sambutan ini dihadiri seramai 500 orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kejayaan Kejuaraan Cub Prix selama tiga dekad ini. Cub Prix lahir dengan visi untuk memupuk minat serta mengembangkan lagi bakat-bakat tempatan yang mampu bersaing dalam sukan permotoran di Malaysia dan juga antarabangsa.

Kejuaran PETRONAS Malaysian Cub Prix musim ke-30 bakal kembali dengan aksi yang lebih hebat di pusingan pertama pada 25hb - 26hb Februari 2023 bermula di Litar Antarabangsa Sepang (Utara). RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.