☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2019

Majlis Penghargaan Konvoi H-D Ke Phuket

Tidak kiralah ianya satu perjalanan santai atau satu pengembaraan seribu kenangan, setiap kilometer yang diredah itu pastinya membawa kita lebih dekat dan lebih rapat dengan teman-teman menunggang. Dengan Harley Owner Group (H.O.G), perjalanan itu akan sentiasa diingati dan dihargai. Seperti ungkapan penuh bererti: Just for doing what you already love: Riding your Harley-Davidson motorcycle.

Itulah yang dinikmati oleh 30 pemilik jentera Harley-Davidson yang telah mengembara ke negara jiran bersempena dengan 'Phuket Bike Week.' Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis makan malam yang anjuran khas H.O.G dengan sokongan Harley-Davidson Petaling Jaya pada awal Ogos yang lalu. Lebih menarik, para peserta tersebut turut dianugerahkan dengan pemberian lencana istimewa 'Phuket Bike Week Pin' atas  kejayaan mereka mengharungi perjalanan tersebut.

Hadir menyerikan majlis pada hari itu ialah Pengurus Besar H-D PJ, En. Juan Chow Wee yang ditemani oleh Penolong Pengarah H.O.G PJ, En. Chris Ruxton. “Ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan buat rakanrakan ahli yang telah mengembara ribuan kilometer untuk satu official ride dan kami berharap agar program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang,” komen En Chris.

Selain menerima 'Phuket Bike Week Pin', majlis pada malam itu turut memberi peluang buat rakan-rakan pemilik H-D untuk bertemu dan bercerita kembali kenangan mereka sewaktu merempuh perjalanan tersebut sambil menikmati juadah makan malam yang cukup lazat.

“Saya menyertai H.O.G ini pada awal tahun 2019. Ini merupakan pengalaman pertama berkonvoi bersama-sama kumpulan penunggang H-D ke Phuket Bike Week. Hanya terdapat dua orang penunggang wanita sahaja dalam konvoi tersebut, saya dan Ms Rosy. Memang ia adalah satu perjalanan yang menyeronokkan kerana dapat ride ramai-ramai dan berkenalan dengan ramai kawan baru,” kata, Ms Suriani yang menunggang H-D Sportster 48.

Tahniah buat semua! RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.