☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 April 2023

KTM 390 Adventure R yang Spesifikasi Tinggi sedang Dibina?

Model KTM 390 Adventure telah menjadi model yang popular di dalam masa yang singkat setelah ia dilancarkan. Mana tidaknya kerana ia lebih praktikal dan dapat ditunggang di dalam keadaan lasak yang ringan.

Namun terdapat segelintir penunggang yang mahukan varian boleh ditunggang off-road secara lebih serius. KTM telah melancarkan varian yang menggunakan roda berjejari bagi tahun ini tapi ia masih tidak mencukupi. (Roda berjejari lebih sesuai bagi tunggangan off-road kerana ia dapat menyerap hentakan dengan lebih baik dan lebih senang diperbetulkan jika bengkok berbanding dengan roda aloi tetuang.)

Sememangnya terdapat beberapa model yang lebih khusus kepada tunggangan off-road di dalam banjaran model-model Adventure KTM seperti 790/890 Adventure R serta 1290 Adventure R. Tidak seperti pembuat lain, huruf "R" bagi KTM merupakan model yang dikhususkan buat tunggangan off-road. Selain daripada penggunaan suspensi dengan gerakan yang lebih panjang dan pelana yang lebih tinggi, model-model R ini turut dilengkapi dengan beberapa komponen yang berspesifikasi tinggi.

Contohnya, model 790/890 Adventure R dilengkapi dengan suspensi WP Xplor yang boleh dilaras sepenuhnya, tayar off-road, serta mod-mod kawalan cengkaman (traction control) yang boleh dilaras untuk segala jenis permukaan seperti pasir, batu-batu kerikil, tanah liat dan sebagainya.

Oleh itu, sekarang mungkin masanya bagi KTM 390 Adventure R dilancarkan. Seperti yang kami katakan tadi, motosikal jenis adventure yang juga dikenali sebagai dual-sport lebih praktikal bagi segala kegunaan. Motosikal off-road seperti enduro atau motocross paling sesuai bagi kegunaan off-road, tetapi ia tidak mempunyai tangki yang besar, pelana yang selesa serta kemudahan untuk membawa barang untuk menjelajah jarak jauh.

Tetapi motosikal adventure berkapasiti kecil lebih mendapat tumpuan sekarang kerana ia lebih murah, lebih ringan dan lebih senang ditunggang berbanding dengan motosikal adventure yang "tradisional" seperti BMW R 1250 GS.

Sama-sama kita nantikan berita lanjutnya. Penulis ini sangat berharap KTM 390 Adventure R akan dihasilkan.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.