☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Disember 2023

4 Penunggang Aksi 'Superman' di LPT1 Ditahan

Tiga orang penuntut Institut Pengajian Tinggi dan seorang pelajar yang disyaki menunggang dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah berjaya ditahan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan pemilik motosikal tersebut dan semua suspek lelaki berusia di antara 19, 20, 22 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Temerloh dan Maran.

sumber: Saluran Telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
sumber: Saluran Telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

“Kesemua saspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian anggota badan seperti tangan dan kaki,” dalam kenyataannya.

Beliau turut menambah bahawa kesemua mereka dibawa ke Balai Trafik Temerloh bagi membantu siasatan mengikut Syeksen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

Mazlan berkata pihaknya kini masih memburu seorang lagi suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pihak polis di talian 09-2716222.

sumber: Saluran Telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.
sumber: Saluran Telegram Info Kemalangan/Jenayah/Bencana Malaysia.

Terdahlu, tular video berdurasi 20 saat di media sosial yang menunjukkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan gaya 'superman' sehingga menyebabkan berlaku kemalangan. RR

sumber: https://www.bernama.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.