☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 April 2024

Mega Iftar DOCM 2024: Santuni Anak-Anak Yatim Di Litar SIC

Membahagiakan hati anak-anak yatim adalah satu perbuatan yang terpuji. Bermacam cara boleh kita lakukan, antaranya dengan membeli busana Aidilfitri, perkongsian juadah berbuka atau lebih istimewa dengan membawa mereka ke litar perlumbaan bertaraf dunia.

Itulah pengalaman yang dinikmati oleh 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras (RKH) bersempena dengan acara 'Mega Iftar DOCM 2024' yang diadakan di Litar Antarasabang Sepang (SIC). Penganjuran tahun ini telah dimeriahkan dengan penyertaan seramai 160 orang dari Ducati Owner Club Malaysia (DOCM) yang hadir dengan pelbagai jenis model Ducati menarik seperti Panigale, Multistrada, Diavel, Monster, Desert X dan lain-lain.

Para tetamu terhormat pada hari itu tentulah adik-adik dari RKH yang diberi layanan istimewa di dalam sebuah bilik korporat di SIC. Pelbagai jenis juadah telah disediakan untuk dirasai bersama.

Selain itu, adik-adik turut menerima duit raya dan sepasang baju melayu/kurung lengkap untuk dipakai penuh bergaya di pagi Aidilfitri. Acara kemuncak di majlis hari itu ialah sesi mengelilingi litar SIC. Adik-adik dibawa menaiki MPV sambil diiringi oleh jentera-jentera Ducati tunggangan ahli DOCM yang hadir.

Keterujaan berada di atas litar dengan deruman hebat jentera-jentera Ducati dapat dilihat di wajah anak-anak ini. Didoakan semuga ia dapat menyemarakkan semangat mereka untuk berjaya di masa hadapan.

Tahniah DOCM atas penganjuran majlis iftar yang pengalaman yang unik buat adik-adik yang hadir. Sehingga bertemu lagi di Mega Iftar tahun hadapan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.