☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Jun 2024

KTM 390 Adventure 2025 Dilihat Mula Diuji Di India

Penampilan generasi terbaru KTM 390 Adventure di peringkat global dirasakan semakin dekat berikutan sudah beberapa kali model ini dilihat sedang dipandu uji di India. Model sedia ada boleh dikira semakin ketinggalan sejak dilancarkan pada 2019 yang lalu, maka inilah masa terbaru buat KTM untuk melancarkan model terbarunya itu.

KTM 390 Adventure 2025 akan meninggalkan personaliti asalnya yang cenderung kepada jentera jalanan kepada sebuah model lasak, fokus kepada dunia off-road yang disempurnakan dengan falsafah sebuah motosikal rally dan rim berjejari - lebih kurang apa yang digunakan dalam perlumbaan Dakar.

KTM 390 Adventure 2025 ini dikuasakan oleh enjin 399cc LC4c, sistem penyejuk cecair, silinder tunggal yang memberikan hantaran kuasa 45.3bhp pada 8,500rpm dan tork 39Nm pada 6,500rpm. Model ini juga hadir dengan kotak gear 6-kelajuan.

Antara ciri-ciri yang ditawarkan oleh KTM 390 Adventure baru ini ialah panel meter TFT (mungkin sama seperti 390 Duke), kerangka jenis trellis, saspensi lebih panjang, dan sudah tentu profil tayar jentera lasak iaitu 19-inci di depan dan 17-inci di belakang.

Kehadiran KTM ini akan memberi saingan kepada beberapa model lasak lain seperti Royal Enfield Himalayan 450, BMW G 310 GS dan jika di Malaysia, CFMOTO 450 MT (jika harganya kompetitif)? RR

sumber: https://www.bikewale.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.