☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Ogos 2025

Penampakan Brixton Storr 500 di kilang Mforce!

Ketika RR hadir ke sesi tunggang uji model BENDA Napoleon Bob 250 dan QJMOTOR SRV 250 AMT tempohari, kami telah diberi peluang untuk melawat dan melihat dengan lebih dekat kilang pengeluaran dan pemasangan jentera-jentera dari Mforce BIke Holdings yang beroperasi di Sungai Jawi, Pulau Pinang.

Sememangnya segala peralatan, jadual bertugas dan ruang kerja di kilang tersebut mengagumkan kami (pihak media) yang hadir. Banyak model-model yang akan datang kr pasaran 'ditutup' tetapi RR ingin kongsikan satu model yang ketika itu tidak ditutup langsung. ia adalah sebuah model kembara dari Brixton iaitu Storr 500.

Ya...Brixton Storr 500 merupakan jentera kembara yang menawarkan rekabentuk yang cukup mantap terutamanya di bahagian hadapan yang seakan-akan jentera perlumbaan lasak. Lampu hadapan jenis LED beserta Daytime Running Light yang berbentuk bulat memang cukup menarik. Design rugged ini menjadikan Storr 500 bukan sahaja seronok dijadikan jentera tunggangan harian mahupun untuk kembara jarak jauh di hujung-hujung minggu.

Brixton Storr 500 ini disempurnakan dengan enjin 486cc, dua silinder, berkuasa 47.6hp pada 8,500rpm dan tork 43Nm pada 6,750rpm. Panel meter jenis TFT yang memberikan paparan jelas untuk tunggangan siang atau malam. Model ini juga dilengkapkan dengan pelindung tangan, besi tegar pelindung tangki dan pelindung enjin - penting jika beriadah di laluan off-road.

Tayar hadapan bersaiz 110/80-19 manakala di belakang bersaiz 150-60-17 yang dikawal sebaiknya oleh brek-brek cakera bersaiz 320mm (depan) dan 240mm di belakang yang kedua-duanya dipadankan dengan sistem ABS dwi-saluran. Sistem ABS ini juga boleh dimatikan khas buat 'otai-otai' yang ingin menikmati laluan lasak.

Pelananya setinggi 839mm dan seberat 209kg, memang sesuai untuk rider-rider bukan sahaja inginkan keselesaan tunggangan harian tetapi juga buat mereka yang minat dengan dunia pengembaraan.

Menurut pihsk Mforce, model-model ini masih dalam peringkat ujian untuk melihat ketahanan dan kemampuan enjin jentera ini. Diharap agar ujian itu berjaya kerana pasti ramai yang menyukai model ini berada di pasaran pada harga yang mampu milik. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).