☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 November 2025

Suzuki Monsoon Getaway 3.0: – Semangat Membara di Pantai Murni, Yan Kedah

Mentari terik di atas kepala tidak langsung mematahkan semangat ribuan pemilik dan peminat Suzuki khususnya untuk membanjiri Pantai Murni, Yan, Kedah bagi acara tahunan yang dinanti-nantikan, AMI Suzuki Monsoon Getaway 3.0. Ini merupakan penganjuran buat kali kedua selepas Pantai Lagenda di Pahang pada tahun 2023 dan di Port Dickson pada tahun lepas.

Dari kiri: En. Ahmad Faez, Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, En. Safawi bin Abd Rahim 'Pemenang Suzuki GSX-8R' dan Dato' Jeffrey Lim.
Dari kiri: En. Ahmad Faez, Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, En. Safawi bin Abd Rahim 'Pemenang Suzuki GSX-8R' dan Dato' Jeffrey Lim.

Walaupun namanya Monsoon, edisi kali ini menyaksikan cuaca panas luar biasa indah yang disempurnakan dengan langit membiru, laut penuh ketenangan dan semangat para peserta yang hadir bersama deruman enjin Suzuki di setiap penjuru tapak penganjuran.

en. Ahmad Faez 'kiri' menyampai cenderahati buat Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
en. Ahmad Faez 'kiri' menyampai cenderahati buat Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin.
Para peserta  'Konvoi Jelajah Monsoon Getaway'.
Para peserta 'Konvoi Jelajah Monsoon Getaway'.

Konvoi Gagah Menuju Utara, seawal hari Jumaat pagi, deretan motosikal Suzuki mula membelah jalan raya dari seluruh pelusuk tanah air. Kita boleh saksikan jentera-jentera Suzuki yang kemas berkonvoi dari Johor, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur hingga ke Perlis.

Dari jauh sudah kedengaran bunyi garang GSX-R, susuk tubuh gagah Hayabusa, ketinggian V-Strom dan Raider yang bergerak dalam formasi konvoi penuh disiplin. Setibanya di Pantai Murni, peserta disambut dengan pemandangan laut membiru dan hembusan angin pantai yang menyegarkan.

Bagi ramai peserta, perjalanan ini bukan sekadar tunggangan, ia adalah simbol persaudaraan, kebersamaan, dan cinta terhadap jenama Suzuki.

Tapak utama di Dataran Pantai Murni berubah menjadi pesta permotoran. Warna-warna bendera Suzuki, booth pameran motosikal, dan deretan jentera yang berkilat di bawah sinaran matahari mencipta pemandangan yang menakjubkan. Di sini, kita boleh melihat pelbagai model Suzuki baik dari segmen moped, skuter hinggalah ke ber'cc' besar. Apa pun, model-model retro sentiasa menjadi 'bintang' yang mendapat perhatian semua hadirin.

Peserta dan pengunjung bebas bergambar, berinteraksi, serta melihat sendiri model-model terbaru Suzuki yang dipamerkan oleh pasukan AMI Suzuki. Di sudut lain, terdapat gerai jualan aksesori, makanan tempatan, serta ruang rehat yang menjadi tempat lepak para penunggang untuk berteduh sambil menikmati minuman sejuk.

Acara siang itu penuh warna! Acara dimulakan seawal 8.00 pagi dengan 'Konvoi Jelajah Monsoon Getaway' mengelilingi negeri Kedah Darul Aman yang disertai seramai 266 peserta dengan pelbagai model Suzuki. Perjalanan yang dikawal oleh pihak PDRM cantik, kemas dan cukup teratur. Para peserta dapat menikmati pemandangan indah dan hadir ke beberapa lokasi penting yang cukup menarik dan bersejarah.

Pada masa yang sama, para hadirin perlu mendaftar untuk melayakkan diri dalam acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah lapan buat jentera Suzuki. Untuk pemilik jentera Suzuki, mereka layak untuk mendaftar dalam Pakej Platinum dan berpeluang untuk membawa pulang sebuah Suzuki GSX-8R disamping empat lagi model yang ditawarkan. Pakej Biru pula terbuka kepada para hadirin yang juga menawarkan empat buah lagi model menarik, termasuklah Suzuki GSX-8S sebagai hadiah utama.

Ketibaan Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin memberi makna yang cukup mendalam bukan sahaja untuk rayta negeri Kedah tetapi semua yang hadir pada malam yang penuh bersejarah itu. Kesudian baginda berkenan mencemar duli meluangkan masa bersama para peserta, meninjau tapak pameran dan menyampaikan hadiah dalam acara Cabutan Bertuah menambah seri dan kemegahan acara Suzuki Monsoon Getaway tahun ini.

Kehadiran baginda juga membuktikan dunia permotoran khususnya dua roda bukanlah sekadar hobi tetapi juga wadah yang menyatukan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang.

Selain itu, pihak Suzuki turut mengadakan Pertandingan motosikal tercantik, sesi bergambar kenangan bersama keluarga Suzuki dan persembahan 'LIVE' dari kumpulan muzik S.P.E.C.K.I.E dan band 'lejen' tanahair, MAY yang mencetuskan sorakan gemuruh. RR juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat para pemenang utama acara Cabutan Bertuah iaitu Safawi bin Abd Rahim dari Kelantan dan Siti Mariam binti Md Saad dari Puchong, Selangor.

Suzuki membuktikan mereka bukan sekadar pengeluar motosikal, tetapi satu komuniti yang hidup dengan semangat ride together, grow together. Suzuki Monsoon Getaway 3.0 berjaya menyalakan kembali semangat kembara. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.