☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 November 2025

Versys Explore The Unexplored (ETU) - Ride & Camp Ke Gopeng, Perak

Baru-baru ini RR telah diberikan peluang untuk menyertai satu acara tahunan anjuran Kawasaki Malaysia, dikenali sebagai Versys Explore The Unexplored (ETU) Monsoon Edition pada 22hb & 23hb November 2025. Ride & Camp ini merupakan penganjuran yang ketiga pada tahun ini selepas Port Dickson, Negeri Sembilan dan Cherating, Pahang.

Sebagai acara penutup tahun 2025, lokasi pada kali ini ialah Aziz D’Rimba Campsite, Gopeng, Perak yang merupakan sebuah kawasan perkhemahan yang dikelilingi alam hijau, sungai yang bersih dan suasana kampung. Program ETU ini merupakan acara ride & camp khusus untuk para pemilik jentera Versys dari 250cc hingga 1000cc yang bertujuan untuk meraikan para pelanggan Kawasaki dan Modenas serta mewujudkan komuniti 'Adventure Touring'.

Kredit gambar: Kawasaki Malaysia
Kredit gambar: Kawasaki Malaysia

Seawal jam 7.00 pagi lagi sudah ada para peserta konvoi yang mula berkumpul di Restoran Selera Nate untuk sesi pendaftaran, sarapan dan bersedia untuk pelepasan konvoi. Selepas sahaja kesemua peserta telah tiba dan selesai sesi taklimat ringkas berkaitan acara dan keselamatan, konvoi yang melibatkan sekurang-kurangnya 40 orang peserta mula dilepaskan.

Kredit gambar: Kawasaki Malaysia
Kredit gambar: Kawasaki Malaysia

Konvoi bergerak awal pagi menyusuri Lebuhraya NKVE sebelum masuk ke WCE. Oleh kerana hari cuti, laluan dipenuhi kenderaan tetapi perjalanan peserta tetap lancar. Terima kasih kepada lima orang krew marshall yang diketuai oleh sdr. Dauz yang mengawal pergerakan konvoi supaya lebih lancar dan teratur. Merentasi Bandar Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Skinchan, pemandangan kampung serta sawah padi menghiasai perjalanan para peserta. Konvoi berhenti sebentar di Sungai Besar untuk untuk memberi peluang kepada peserta yang ingin mengisi bahan api.

Konvoi kemudian sambung perjalanan menghala ke Jambatan Sultan Nazrin Shah (Bagan Dauk) untuk sesi bergambar sambil menikmati panorama sungai Perak yang terbentang luas. Walaupun cuaca pada ketika ini sudah mula mendung, perjalanan para peserta tetap lancar dan persinggahan kedua di Menara Condong Teluk Intan untuk bergambar kenangan.

Kredit gambar: Kawasaki Malaysia
Kredit gambar: Kawasaki Malaysia

Selepas lebih kuran empat jam perjalanan akhirnya konvoi tiba di kawasan perkhemahan iaitu Aziz D'Rimba Campsite. Makan tengah hari menjadi agenda pertama buat para peserta sebaik sahaja tiba. Perut pun sudah kenyang, peserta mula memasang khemah masing-masing. Pada waktu petang aktiviti diteruskan di Gopeng Glamping Park bersebelahan campsite untuk bermain Paintball.

Para peserta dibahaika kepada empat kumpulan, setiap kumpulan terdapat 10 orang peserta. Sebaik sahaja permainan bermula, riuh rendah jadinya, ada yang menyorok, ada yang menirap dan ada yang menjadi sasaran utama. Suasa pada waktu ini memang cukup meriah melihat gelagat para pseserta yang semua ketawa besar. Balik sahaja ke kawasan campsite, aktiviti yang wajid dilakukan iaitu mandi sungai. Sejuk dan menyegarkan sambil melihat pemandangan alam hijau.

Aktiviti sebelah malam dimulakan dengan sesi BBQ. Para peserta disajikan dengan juadah makan malam seperti ayam bakar, kambing bakar, hotdog, sup cendawa, garlic bread dan macam-macam lagi. Selepas kenyang barulah semangat nak dengar sesi taklimat produk yang disampakan oleh wakil SHAD, PUIG dan Asmex Mesh Intercom System. Yang ditunggu-tunggu sudah tentulah sesi cabutah bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Para pemenang cabutan bertuah.
Para pemenang cabutan bertuah.
Kredit gambar: Kawasaki Malaysia
Kredit gambar: Kawasaki Malaysia

Pada masa yang sama, pihak Kawasaki dan MODENAS juga turut menayangkan video pendek berkaitan ETU. Selesai sahaja aktiviti malam, ada peserta yang balik ke khemah masing0masing untuk tidur, ada yang masih berkumpul dan menonton filem santai. Hujan pun turun selepas program tamat, menambah lagi suasana nyaman di perkarangan campsite.

Hari kedua tiada aktiviti dan para peserta bebas untuk ke mana-mana. Selepas sahaja selesai sesi bergambar kenangan, ada peserta yang memilih untuk stay di campsite dan bersiar-siar, manakala selebihnya memulakan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.

Bagi RR, program ride & camp Versys ETU 2025 ini bukan sekadar untuk menunggang dan juga bercamping, tetapi merupakan satu pengalaman untuk merakamkan satu kenangan manis di kalangan peserta. Terima kasih buat Kawasaki Malaysia dan MODENAS atas jemputan ini dan jumpa lagi di siri ETU akan datang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).