Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Januari 2016

Chear Track Day Beri Peluang Rasai Jentera MV Agusta

Tujuan utama penganjuran track day ini ialah untuk memberi peluang kepada para pelanggan Chear Motor khususnya untuk merasai pengalaman menunggang jentera MV Agusta. Disamping itu, ia juga masanya untuk beriadah bersama rakan-rakan motosikal,” kata Dato’ Chear Kin Keong, Pengarah Urusan Chear Motor Sdn Bhd di Litar Melaka International Motorsport Circuit (MIMC), Melaka pada bulan Disember lalu.

Kira-kira 60 orang penunggang dan pembonceng yang rata-ratanya dari Kuala Lumpur dan Selangor telah hadir memeriahkan acara kali ini. Menurut pihak Chear Motor, pendaftaran para peserta telah dibuat menerusi laman facebook rasmi Chear Motor, Whatsapp dan di pusat pengedar-pengedar MV Agusta yang sah.

Penganjuran kali ini ternyata sedikit berbeza berbanding acara track day sebelumnya. Ia lebih tertumpu kepada para penunggang untuk mencuba prestasi dan kemampuan jentera-jentera MV Agusta seperti Brutale 1090 RR, Brutale 800, Dragster RR, Dragster, F3 800, F4 RR dan Rivale.

Tiga orang pelatih berpengalaman dari Progresive Track Day (PTD) seperti Michael, Rahim Sidek dan Ryan memimpin para peserta selama empat lap sambil memberikan tip penggunaan gear dan gaya tunggangan yang betul. “Kebanyakan para peserta hari ini jarang menunggang di litar. Sememangnya menunggang di jalanan biasa dan di litar jauh berbeza terutama dari segi kawalan kuasa dan posisi menunggang,” kata Michael.

Kelincahan setiap jentera-jentera MV Agusta di litar mendapat pujian ramai dan antara faktor penting yang menyumbang kepada pengendalian hebat tentunya datang dari tayar-tayar Pirelli yang telah dilengkapkan pada semua jentera itu. Litar menjadi riuh rendah apabila Dato’ Chear yang lengkap dengan sut perlumbaan MV Agusta mula meratah setiap selekoh dengan cukup berkeyakinan. Melihat akan kepantasan yang dipamerkan, beberapa pemilik MV Agusta yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menunggang bersama Dato’ …bukan senang nak dapat peluang ini!

Dato’ Chear (kiri) bersama rakannya Chris sebelum beraksi di litar MIMC.

“Saya sudah miliki pelbagai jenis sportbike tetapi model F3 800 ini adalah yang paling disukai kerana pengendalian dan kelincahannya di selekoh sukar ditandingi oleh model-model lain. Walaupun hanya berkapasiti 800cc, F3 800 mempunyai kuasa dan karaktor sebuah jentera 1000cc. Saya sempat menunggang Rivale di litar ini dan memang ia sebuah jentera streetbike yang cukup berkuasa tetapi sangat mudah dikendalikan,” kata Mohd NorZulkifli dari Kajang yang menunggang MV Agusta F3.

“Sewajarnya aktiviti sebegini perlu lebih kerap dilakukan lebih-lebih lagi buat penunggang muda kerana mereka mudah dibentuk. Kita tekankan cara-cara mengendali, mengguna kuasa enjin dan membrek dengan betul. Anak-anak yang telah dewasa nanti pastinya lebih bersedia apabila berada di jalanraya sebenar dan berharap ia dapat mengurangkan kadar kemalangan maut yang melibatkan penunggang motosikal,” jelas En. Colin Bandeen dari Scotland yang menetap di Sungai Buloh ketika bercuti.

“Saya dapat mencuba Rivale 800 dan amat sukakan karaktor dan pengendaliannya yang mudah. Bagi saya setiap penunggang perlu faham akan keupayaan diri dan tempat yang sedang dilawati. Janganlah nak menunggang laju sambil mencelah di jalanraya sesak yang boleh mengundang padah,” komen dan nasihat penting daripada Suresh dari Shah Alam.

Dari kiri: Genga, Colin dan Zul teruja untuk menguji jentera-jentera MV Agusta.
Dari kiri: Genga, Colin dan Zul teruja untuk menguji jentera-jentera MV Agusta.

Para pelanggan Chear kemudiannya diberi peluang untuk menunggang di litar menggunakan jentera masing-masing termasuklah para pemilik jenama motosikal lain. Kira-kira jam 1.00 petang, para penunggang yang sedang asyik ‘meleper’ di selekoh diminta kembali ke paddock selepas hujan turun dengan lebatnya.

Chear Motor turut berkolaborasi dengan Sport Rider Racing Team (SRT) yang telah membawa beberapa orang pelumba berpengalaman untuk berkongsi teknik menunggang dengan gaya perlumbaan. “Fun Race yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Expert, Novice dan Amatur turut diadakan.

Dalam kategori Expert, MV Agusta diwakili oleh En. Zul yang menunggang F3 800nya. Litar yang masih basah langsung tidak menggugat para pelumba untuk menunjukkan kemampuan masing-masing dan kepuasan jelas terpapar di wajah Zul selepas menamatkan cabaran di tempat kedua.

Dalam kategori NOVICE pula, saudara Aizat seorang pemilik MV Brutale berjaya meraih tempat kedua manakala En. Saiful yang menunggang model Dragster RR cukup berbangga apabila menamatkan cabaran di tempat ketiga. “Saya memang peminat tegar MV Agusta! Sebelum Dragster RR ini, saya pernah memiliki F4, Brutale dan F3. Saya berharap program sebegini dapat dianjurkan dengan lebih kerap kerana ia memberi peluang untuk kami menunggang sesama rakan yang sudah tentu cukup menyeronokkkan,” kata Saiful. RR

Isu Pada

Januari 2016

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Hakim Danish Ramli meneruskan rentak konsisten salam saingan Moto3 apabila menamatkan perlumbaan di GPAragon di tempat ke-12.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Model Baru

Aveta Vanguard 180 Dilancarkan - Bermula RM9,398

AVETA terus mengembangkan raingkaian keluarga Vanguard menerusi pengenalan baharu buat skuter Adventure Touring Crossover (ATC) iaitu Vanguard 180.