☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Januari 2026

Majlis Penyerahan AFAZ Kencana Sport Kepada Perdana Menteri

Malaysia mencatat satu lagi sejarah penting dalam industri automotif negara menerusi Majlis Penyerahan Motosikal Nasional iaitu AFAZ Kencana Sport 115 kepada YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Pembangunan model ini merupakan hasilkan kerjasama yang strategik di antara industri tempatan dan rakan teknologi antarabangsa terhadap dasar Automotive Manufacturing 2 (AM-2).

Menerusi kerjasama ini bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh kepakaran kejuruteraan tempatan serta merancakkan rantaian industri bernilai tinggi dalam negara. Usaha tersebut bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan teknologi automotif tetapi turut memperkukuhkan lagi ekosistem industri tempatan supaya dapat berdaya saing di peringkat global.

AFAZ merupakan jenama motosikal tempatan kedua di Malaysia yang dibangunkan oleh AFY Mobility Industries (AMI) melalui syarikat KMSB Motors Sdn. Bhd dengan kerjasama Suzuki Motor Corporation Jepun. AFAZ Kencana Sport merupakan model pertama yang dilancarkan sebagai motosikal kapcai yang bersesaran 113cc satu siloinder, SOHC dengan sistem penyejuk minyak. 

Model ini menghasilkan kuasa 9.1hp pada 7,500rpm dan tork 9Nm pada 6,500rpm. Selain itu, jentera ini turut dipadankan dengan sistem suntikan bahan api (EFI). Antara kelengkapan lain seperti lampu depan & belakang LED, brek cakera hadapan 220mm, brek gelendong di belakang, Easy Start System, paparan meter analog, tinggi pelana 760mm, berat 100kg, ruang simpan bawah pelana, pelindung rantai dan tangki bahan api 4.2 liter.

Kerajaan akan terus komited untuk membawa Malaysia melangkah ke hadapan dalam pembangunan industri motosikal yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.