☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 6 April 2026

Penunggang Motosikal Maut Nahas 6 Kenderaan

Kota Bharu: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan kejadian di hadapan Restoran Pok Dik, Jalan Sultan Yahya Petra.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.41 tengah malam itu, mangsa berusia 41 tahun telah disahkan maut di lokasi kejadian.

Kredit: www.hmetro.com.my
Kredit: www.hmetro.com.my

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima laporan berkaitan kemalangan membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal pada 1.10 pagi.

Katanya, sebelum kejadian, pemandu kereta memandu dari arah Wakaf Siku menghala ke Kubang Kerian.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta dipercayai dalam keadaan laju dan menyebabkan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan menghala Kubang Kerian sehingga terlanggar seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di bahu kiri jalan.

"Pada masa sama, kereta berkenaan terbabas lalu terlanggar empat kenderaan yang diparkir di bahu kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kredit: Info Kemalangan Malaysia.
Kredit: Info Kemalangan Malaysia.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian serta dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Syarafuddin Ramlee di talian 09-7752315.

"Pihak polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas," katanya. RR

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.