☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Ogos 2026

Mforce Smartshop Wei Ling Motor Sdn Bhd Sambut Ulang Tahun ke-9

Baru-baru ini Mforce Smartshop Wei Ling Motor Sdn. Bhd. meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-9 menerusi satu majlis istimewa yang menghimpunkan rakan niaga, wakil media, komuniti motosikal dan para pelanggan di Kluang, Johor.

Majlis tersebut dihadiri Pengarah Urusan Wei Ling Motor Sdn. Bhd., Encik Leok Kah Ling dan Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad serta barisan pengurusan syarikat.

Wei Ling Motor memulakan operasi sebagai Wei Ling Motor Trading pada tahun 1996 sebelum berkembang menjadi Wei Ling Motor Sdn. Bhd. pada 2009. Kerjasama bersama Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. pula bermula pada 2013 sebelum syarikat tersebut diberi kepercayaan menjadi SYM Smartshop kedua di Johor dan yang keenam di Malaysia pada tahun 2017. Sehingga kini, Wei Ling Motor mempunyai dua cawangan di Taman Sri Lambak dan Taman Kluang Baru.

Bersempena sambutan ulang tahun ini, Wei Ling Motor dan Mforce Bike Holdings turut memperkenalkan empat model baharu iaitu Morbidelli T250, Morbidelli T250X, ARIIC GOBI 250 dan WMOTO NEXY+ 180. Keempat-empat model tersebut kini telah dibuka untuk tempahan.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang menyertai sesi pandu uji bagi model-model terpilih, menikmati tawaran diskaun 20 peratus untuk pembelian Mforce Oil serta CVT Belting bagi alat ganti Mforce sepanjang hari penganjuran. Pelbagai hadiah menarik seperti helmet LS2, Top Box YHPro dan Mforce Oil turut ditawarkan menerusi cabutan bertuah.

Sambutan ulang tahun ke-9 ini mencerminkan komitmen berterusan Wei Ling Motor Sdn. Bhd. bersama Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. dalam memperkukuh mutu perkhidmatan kepada pelanggan sambil menawarkan pilihan model motosikal terkini bagi memenuhi keperluan penunggang di Malaysia. RR

Popular

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

  • Warta Roda

    Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

  • Model Baru

    CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Artikel berkaitan

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.