☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2018

Pembukaan Rasmi Harley-Davidson Petaling Jaya

DIDI Resources Sdn Bhd (DRSM) telah dilantik oleh pengeluar motosikal Amerika Syarikat, Harley Davidson sebagai pengedar tunggal terbaru di Malaysia. Dengan perlantikan ini, pusat pameran Harley-Davidson terbaru berkonsep 3S yang beroperasi di Gasket Alley, Petaling Jaya telah pun dirasmikan pada awal Mac lalu.

“Bersama-sama dengan pengedar tunggal baru ini, kami cukup gembira dan percaya jenama Harley-Davidson yang telah bertapak di Malaysia sejak 2009 akan lebih kukuh. Selepas Petaling Jaya, kami akan memperluaskan rangkaian para pengedar terbaru di Melaka dan Pulau Pinang tidak lama lagi.

Harley-Davidson akan terus berkhidmat kepada para pelanggan sedia ada dan yang berpotensi untuk memiliki kecintaan terhadap jenama ini,” kata Pengarah Urusan Harley-Davidson Bahagian Pasaran Baru Asia Harley-Davidson, Johan Kleinsteuber.

En. Johan Kleinsteuber (atas motor Harley-Davidson Fat Bob) bersama para VIP di majlis perasmian H-D Petaling Jaya.

Harley-Davidson PJ berkeluasan 20,000 kaki persegi yang mampu memuatkan kesemua rangkaian model termasuklah edisi terhad 115th Anniversary Street Glide, Road Glide Special dan barisan model MY18 Softail. Pusat pameran ini turut menawarkan barangan koleksi dan pakaian berjenama Harley-Davidson yang cantik dan bergaya. Ruang servis di tingkat bawah berhawa dingin cukup luas dan selesa dengan enam ruang servis (bay), tempat mengecat dan ruang penyimpanan stok alat ganti. Untuk menjamin kualiti servis yang tinggi, para mekanik dan juruteknik terdiri daripada mereka yang telah dilatih di Universiti Harley-Davidson.

Sempena perasmian Harley-Davidson PJ ini, pihak DRSM turut menganjurkan konvoi dari Gasket Alley ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim yang disertai lebih daripada 500 buah jentera Harley-Davidson pelbagai jenis. Di sebelah lewat petang pula, majlis makan malam khas telah dianjurkan khusus buat para pemilik Harley-Davidson yang hadir. Selain alunan muzik dan juadah yang menyelerakan, sesi cabutan bertuah berupa sebuah jam tangan mewah Bell&Ross.

Pelancaran pusat Harley-Davidson Petaling Jaya terbaru ini lebih bermakna apabila model 2018, Harley-Davidson Fat Bob juga diperkenalkan. Model baru ini memiliki tubuh badan yang cukup tegap, mantap dan menggiurkan. Fat Bob disempurnakan dengan enjin MilwaukeeEight yang bersesaran 1,745cc dan menawarkan tork maksimum setinggi 149Nm pada 3,000rpm. Model baru ini ditawarkan pada harga RM128,900 (tidak termasuk GST). RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.