☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Mac 2017

Cabutan Hadiah Utama! Peraduan Hari Malaysia 2016

Tahniah diucapkan kepada En. Che Asmani Che Kub dari Kelantan dan En. Fairullah Mat dari Negeri Sembilan selepas kedua-duanya telah memenangi cabutan bertuah hadiah utama Peraduan Hari Malaysia berupa sebuah Kawasaki H2 dan Kawasaki Z1000SX. Peraduan hebat anjuran Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) ini telah dianjurkan bermula pada 1 Ogos hingga 31 Disember lalu khusus buat para pembeli jentera Kawasaki ER6N, ER6F dan Z800.

Menerusi Peraduan Hari Malaysia ini, para peserta telah berpeluang untuk memenangi Kawasaki Z125 Pro dan Kawasaki D-Tracker X250 sebagai hadiah bulanan serta dua model terulung iaitu H2 dan Z1000SX sebagai hadiah utama. Antara para pemenang bulanan yang membawa pulang jentera-jentera mantap ini ialah En. Dilingster Anak Resli, En. Azlan Musa, En. Badrul Hisham Kumut, En. Kahar Amin, En. Suchart Prom Wichit dan En. Md Fiah Md Tamin.

En. Fairullah Mat (kiri), pemenang Kawasaki Z1000SX & Pemenang Kawasaki H2, En. Che Asmani Che Kub.

“Peraduan ini telah menerima lebih daripada 500 penyertaan daripada para pelanggan Kawasaki dari seluruh negara. Dengan ini, KMSB ingin mengucapkan terima kasih kepada semua para pelanggan Kawasaki atas sokongan yang diberikan. Kami berharap sokongan ini berterusan dan teruskan menyertai segala program dan aktiviti yang akan kami anjurkan nanti,” kata Dato’Jeffrey, Pengarah dan Pengurus Besar KMSB.

Tahniah buat para pemenang! RR

Isu Pada

Mac 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.