☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2019

HONDA REBEL & X-ADV Lebih Garang Dengan Warna Baru!

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan warna baru untuk model popular Rebel dan X-ADV yang pastinya memberikan pengukuhan dan pilihan yang lebih buat para pencinta motosikal di tanahair. Untuk model Rebel, ia diperkenalkan pada tahun 2017 dan telah mendapat perhatian dan kepercayaan para pencinta motosikal khususnya mereka yang inginkan sebuah jentera yang berprestasi tinggi, mantap dan selesa.

Honda Rebel
Honda Rebel


Model cruiser ini dilengkapi dengan enjin bersesaran 471cc, silinder kembar parallel yang dimantapkan dengan casis bertegaran tinggi dan posisi menunggang yang cukup selesa. Dua warna terbaru yang diperkenalkan ialah Matt Axis Grey Metallic dan Pearl Cadet Grey yang merupakan tambahan untuk warna sedia ada iaitu Graphite Black dan Millennium Red. Model ini boleh dimiliki pada harga RM32,399. Honda Rebel ini juga boleh dilihat dengan lebih dekat di para pengedar Honda Big Wing bermula pada bulan Disember 2018 yang lalu.

Honda X-ADV
Honda X-ADV


Kehebatan dan kelincahan jentera X-ADV ternyata menjadikannya antara jentera paling popular di dunia sejak ia diperkenalkan. Selain menawarkan kepesatan teknologi rupabentuk menawan, X-ADV memiliki speksifikasi enjin yang cukup mengagumkan. Enjin empat lejang, 745cc dengan sistem penyejuk cecair menjanakan kuasa setinggi 40.3kW pada 6,250rpm dan tork 68Nm pada 4,750 rpm.

Pengenalan kepada warna baru adalah pelengkap untuk yang sedia ada iaitu Grand Prix Red dan Mat Bullet Silver. Honda X-ADV ditawarkan pada harga RM63,299 (warna standard) dan RM65,499 untuk warna istimewa. Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan waranti dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu). Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, silalah berkunjung ke pusat pengedar Honda Big Wing atau hubungi talian Bebas Toll 1-800-88-3993 atau layari www.hondabigbike.com.my. RR

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.