☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2020

Yamaha FJR1300AE Diguna Sebagai Motosikal Polis di Itali

Menerusi program 'Yamaha for Police', pihak polis di Itali khususnya unit bermotosikal akan bertugas dengan jentera sport tourer paling maju dari Yamaha yang lengkap dengan talaan istimewa. Yamaha Motor Europe NV cawangan Itali telah membangunkan projek ini agar dapat menyediakan teknologi dan ketahanan dunia dua roda agar dapat digunakan dalam penguatkuasaan dan pentadbiran.

Sejumlah 90 buah unit Yamaha FJR1300AE serba baru dan lengkap dengan ciri-ciri khas ini telah pun diserahkan kepada pihak polis Itali yang akan memulakan rondaan demi ketenteraman dan keselamatan seluruh warganya. RR

Spesifikasi Yamaha FJR1300AE (Polis)

1. enjinnya bersesaran 1,298cc yang mempunyai banjaran kuasa yang cukup luas untuk digunakan dalam apa juga situasi dan keadaan.
2. didatangkan dengan rekacorak institusi Polis Nasional Itali, lengkap dengan logo dan talaan spesifik, hasil kerjasama dengan INTAV Srl.
3. lampu mata arah (beacon).
4. lampu LED berkelip dipasang pada cermin pengadang udara di depan.
5. kit sistem bunyi yang terdiri daripada pembesar suara neodynium berprofil rendah yang dilengkapi dengan modul elektronik.
6. dua jenis bunyi siren: kecemasan / misi menyelamat.
7. sistem pengurusan dengan butang-butang kendali kalis air.

Saksikan video ini: https://www.youtube.com/watch?v=V2XrJndfmDM

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.