☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 September 2020

Pembatalan MotoGP Malaysia Untuk Mengelakkan Penambahan Penularan COVID-19

Impian buat para peminat di Malaysia dan seluruh dunia untuk melihat perlumbaan MotoGP Malaysia yang sepatutnya akan berlangsung pada 30hb – 1hb November depan tidak kesampaian apabila perlumbaan tersebut telah dibatalkan.

Pada Jumaat lalu, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Pelumba Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports mengesahkan pembatalan perlumbaan Grand Prix (GP) di Argentina, Thailand dan Malaysia.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif berkata, “Berdasarkan dengan perkembangan semasa penularan COVID-19, kami amat mementingkan keselamatan terutama para peminat dan pasukan”.

“Walaupun keadaan COVID-19 di Malaysia masih belum mencapai sifar kes, pembatalan tersebut untuk mengelakkan adanya 'Kluster SIC' ataupun 'Kluster MotoGP' yang tentu akan menjejaskan lagi situasi yang kini melanda dunia. Ini juga merupakan kali pertama pembatalan perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang sejak tahun 1999”, tambah beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif.

Berkenaan dengan pembelian tiket awal, pihak SIC telah mengutip sebanyak 20 hingga 30 peratus daripada jumlah keseluruhan tiket yang mula dijual pada awal tahun 2020. Penjualan tiket  diberhentikan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada bulan Mac lalu.

Kepada mereka yang sudah membeli tiket awal boleh menghubungi pihak SIC melalui telefon: 03-87782222 ataupun Email: [email protected] untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan proses pemulangan semula wang mereka. RR

- Gambar sekadar hiasan.

Isu Pada

September 2020

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.