Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2017

Art Of Speed Malaysia 2017 Lebih Meriah

Art Of Speed (AOS) merupakan acara khusus untuk para peminat kenderaan kustom yang kini masuk ke tahun yang keenam. Ribuan para peminat dunia kustom pastinya cukup teruja dan gembira kerana AOS 2017 yang diadakan di MAEPS, Serdang pada bulan Julai lalu berlangsung dengan cukup meriah sekali.

Pengasas AOS, En. Asep Ahmad (kiri) bersama pemenang Cabutan Bertuah Yamaha RXZ Dua Enjin, En. Fadly Mohd Zerain.
AOS merupakan platform terbaik buat para pencinta motosikal dan kereta kustom untuk mempamerkan hasil kreativiti masing-masing. Ini dibuktikan dengan berlangsungnya pelbagai pertandingan yang melibatkan para pencipta kenderaan binaan khas dari dalam dan luar negara. Selain itu, AOS juga menjadi saat terbaik buat para pengeluar motosikal khususnya memperkenalkan barisan jentera terbaru di hadapan ribuan pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.

Ketibaan para ‘bikers’ ke Art Of Speed .
Ketibaan para ‘bikers’ ke Art Of Speed .


Para peminat dunia kereta dan motosikal yang hadir turut berpeluang untuk bertemu dengan tetamu khas antarabangsa yang diterbangkan dari USA, Thailand, Jepun, Taiwan, Indonesia dan Singapura. Acara kali keenam ini juga telah memperkenalkan satu pertandingan baru iaitu AOS Invitation Bike Build Off 2017 dijayakan oleh Petronas yang menyaksikan seramai 10 orang pembina motosikal kustom dari Malaysia dan Singapura bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai RM10,000 (Kategori Pemilihan Juri) dan RM5,000 (Kategori Pilihan Awam).

En. Nobuhide Nagata (dua dari kanan) bersama-sama para pengunjung di ruang pameran Honda.
AOS 2017 juga menyaksikan kerjasama khusus di antara Boon Siew Honda (BSH) dan AOS. Menerusi kolaborasi ini, terhasillah Boon Siew X Art of Speed di mana beberapa jentera Honda telah diubahsuai dengan cukup unik oleh Legend Racing Garage, BWB, District Shop Gallery dan Ah Ho Motors. Boon Siew Honda turut melancarkan model terbarunya, Honda Rebel 500.

Dewan C mengumpulkan kereta-kereta yang diubahsuai
Dewan C mengumpulkan kereta-kereta yang diubahsuai


Terdapat dua dewan yang memuatkan pelbagai jentera untuk dua dan empat roda yang kesemuanya mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing. Dewan A berkeluasan 150,000 meter persegi merupakan pusat pameran dan aktiviti ditambah dengan NEAT Fest di Dewan C yang seluas 50,000 meter persegi pula menempatkan kereta-kereta yang diubahsuai kepada beberapa kategori.

Ruang pameran CMC disusun dengan kemas dan bergaya sekali.
Ruang pameran CMC disusun dengan kemas dan bergaya sekali.
Ketua Pengawai Operasi Chear Global, En. K.C Leong di ruang pameran CMC.
Ketua Pengawai Operasi Chear Global, En. K.C Leong di ruang pameran CMC.


Pengeluar motosikal, Chear Global Sdn Bhd (CMC) turut mempamerkan jentera-jentera baru mereka dan juga bermurah hati menawarkan sebuah CMC XY400 sebagai hadiah cabutan bertuah pada hari pertama yang dimenangi oleh En. Abdul Halim Mat. Pihak CMC turut menawarkan pakej dan harga istimewa untuk jentera-jentera keluaran mereka sepanjang dua hari di sana.

Selebriti negara, Ahmad Nabil turut meluangkan masa di ruang pameran Ducati Malaysia.
Selebriti negara, Ahmad Nabil turut meluangkan masa di ruang pameran Ducati Malaysia.
Ducati Malaysia turut memperagakan pakaian dan aksesori menunggang.
Ducati Malaysia turut memperagakan pakaian dan aksesori menunggang.


Naza Bikes selaku pengedar rasmi Ducati di Malaysia turut tidak melepaskan peluang menarik perhatian ribuan pengunjung dengan melancarkan dua model terbaru iaitu Scrambler Ducati Cafe Racer dan Desert Sled. Ruang pameran Ducati turut dimeriahkan dengan kehadiran dua orang selebriti negara iaitu Alif Satar dan Ahmad Nabil Ahmad. Selain motosikal, Ducati turut memperagakan ruang pameran mereka dengan pakaian menunggang, baju-T dan aksesori motosikal menarik.

Kawasaki H2 sentiasa menarik minat para pencinta motosikal yang mengagumi rekabentuk dan spesifikasi enjinnya.
Kawasaki H2 sentiasa menarik minat para pencinta motosikal yang mengagumi rekabentuk dan spesifikasi enjinnya.


Para pengunjung juga dapat melihat model-model terbaru Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) yang mempamerkan hampir kesemua keluarannya. Seperti biasa, model paling menarik minat ramai ialah H2 dan ZX-10R. Tidak cukup dengan itu, KMSB turut mengadakan Tunggang Uji Road Show bertujuan untuk mendekati dan memberi peluang kepada para peminat motosikal merasai ketangkasan, pengendalian dan kemampuan jentera-jentera keluaran mereka. Antara model yang mendapat sambutan tinggi ialah Versys-X250, Ninja 650 ABS dan Z650 ABS.

Ruang pameran Motul Malaysia yang meriah dengan pelbagai jenis aktiviti.
Ruang pameran Motul Malaysia yang meriah dengan pelbagai jenis aktiviti.


Ruang promosi Motul Malaysia iaitu High N Lubricant Sdn Bhd bukan sahaja direka cukup unik tetapi juga meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Antara permainan yang menguji kekuatan dan ketepatan para pengunjung ialah High Striker, Dart dan Gusti Lengan. Perlawanan Gusti Lengan telah diadili oleh dua orang pengadil yang berkelayakan manakala meja perlawanan juga telah dibawa khas dari Belanda. Memang gamat suasana apabila para pengunjung cuba menewaskan pencabar masing-masing.

Pemenang utama pertandingan tersebut telah membawa pulang hadiah berupa pelincir Motul yang bernilai RM800.

Triumph mempersembahkan pelbagai model terbaru.
Triumph mempersembahkan pelbagai model terbaru.


Antara pengeluar motosikal lain memberi sokongan pada penganjuran kali ini ialah Triumph Malaysia, Harley Davidson Malaysia dan pengumpul motosikal kustom persendirian dengan gaya tarikan tersendiri. Selain melihat dan menikmati dengan lebih dekat dunia kustom motosikal dan kereta, para pengunjung AOS turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti bergambar dengan watak-watak filem Star Wars, permainan papan luncur yang dihoskan oleh House of Vans, pertandingan mewarna, membeli baju-t, cenderahati, membuat rekacorak topi keledar, menggunting rambut, trak makanan, permainan baling selipar, penjualan topi keledar, aksesori motosikal, pakaian menunggang, koleksi kereta mainan Hot Wheels, pertandingan BMX, pasar aksesori motosikal vintage dan banyak lagi.

Ramai pengunjung yang menguji kekuatan dengan mencuba permainan High Striker.
Ramai pengunjung yang menguji kekuatan dengan mencuba permainan High Striker.
Pelbagai jenis makanan boleh dibeli di ruangan ‘Food Truckers’.
Pelbagai jenis makanan boleh dibeli di ruangan ‘Food Truckers’.


Kemuncak AOS 2017 pastinya majlis penyampaian hadiah pertandingan AOS Invitation Bike Build Off 2017 yang dimenangi oleh Muhammad Khalid Musa dari Rusty Factory dalam kedua-dua kategori. Cabutan bertuah berupa sebuah motosikal binaan khas kustom lengkap Yamaha RX-Z dua enjin ciptaan khas FNG Works dan Beautiful Machines dimenangi oleh En. Fadly Mohd Zerain dari Puncak Alam.

Kumpulan Johnny Pandora menggamatkan hari terakhir AOS dengan lagu-lagu Rock & Roll.
Kumpulan Johnny Pandora menggamatkan hari terakhir AOS dengan lagu-lagu Rock & Roll.
Kanak-kanak tetap diraikan dengan pelbagai aktiviti khusus untuk mereka.
Kanak-kanak tetap diraikan dengan pelbagai aktiviti khusus untuk mereka.

Para pengunjung AOS turut dihiburkan dengan nyanyian penuh bertenaga oleh kumpulan Oh Chentaku (pada hari Sabtu) dan dua buah kumpulan terkenal iaitu Johnny Pandora dari Jepun dan Hujan dari Malaysia. Dianggarkan lebih daripada 40,000 orang pengunjung hadir sepanjang dua hari penganjuran. Ternyata AOS berjaya mengumpul para pencinta dunia kustom yang datangnya dari pelbagai latar belakang, negara dan bangsa. Selepas enam tahun, kita juga dapat melihat para pencipta motosikal tempatan semakin kreatif dalam menghasilkan jentera-jentera kustom yang memukau. Diharap AOS akan terus maju dan berkembang pada penganjuran akan datang. RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Boon Siew Honda kini memeprkenalkan versi edisi khas ADV160 yang diinspirasikan daripada watak superhero ikonik Marvel iairu Spider-Man.

Warta Roda

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Advenduro-X merupakan perlumbaan sukan permotoran lasak yang mendapat pengiktirafan daripada Motorsports Association of Malaysia (MAM).

Dari Litar

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Hakim Danish Ramli mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Moto3 apabila mengharungi cabaran Pusingan 11 GP Jerman.

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.