Bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang tidak dapat ke pusat servis rasmi Modenas atau para pemilik Modenas yang sedang memerlukan bantuan segera, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) telah memperkenalkan perkhidmatan terbaru iaitu 'Mobile Service'.
Seri Stamford College telah menganjurkan satu pengembaraan lasak ke Sabah dan Sarawak dengan menunggang enam buah jentera CMC Tekken. Perjalanan yang penuh cabaran ini dinamakan Pan Borneo Adventure 2017 dan lebih mengagumkan apabila ia disertai oleh lima orang pensyarah dan seorang pentadbir.