Demi memberi pemahaman dan pengalaman menunggang di dalam litar perlumbaan khususnya buat para pemilik model MT-07, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah menganjurkan Yamaha MT-07 Moto Thrill Day yang diadakan di Litar Speedway Plus, Subang pada penghujung November lalu.
Koperasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Storm Rider dan Skuad Muda 1JPJ telah menganjurkan program Fiesta Bikers Selangor 2016 yang diadakan di perkarangan stadium Shah Alam pada November lalu. Program yang diadakan untuk tahun kedua berturut-turut ini mendapat sambutan daripada ribuan peminat dan pemilik motosikal di seluruh negara.
Untuk mempertingkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan, Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah merasmikan pusat pameran dan cawangan terbaru di Kuantan, Pahang yang digelar sebagai 'Yamaha Lifestyle Point'. Pusat ini juga adalah pertama sepertinya yang diperkenalkan di Malaysia.
Rollin Wheelz keempat berlangsung sempena cuti Hari Malaysia pada 15-18hb September lalu. Ramai bikers ke tapak pameran lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan. Mereka dari utara, selatan tanah air dan negara-negara jiran sudah mula berkampung di Pantai Balok, Kuantan dan mula memasang khemah mereka sendiri. Ada juga yang membuat tempahan khemah sejak dua bulan sebelum acara diadakan.
Total Oil Asia Pacific telah meraikan para pengedar terbaik dari beberapa negara Asia seperti dari China, Vietnam, Kemboja, Pakistan, Myanmar, Bangladesh dan Malaysia dengan memberikan pengalaman cukup menarik di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena perlumbaan MotoGP baru-baru ini.
Michelin sentiasa menawarkan tayar-tayar yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan para penunggang motosikal sejak dari dahulu lagi. Produk yang dilahirkan di Clermont-Ferrand, Perancis ini terbukti memberikan kepuasan dan menjamin keselamatan penunggang tidak kira ke mana sahaja ia dibawa dan di dalam apa jua situasi sekali pun.