Boon Siew Honda telah memperkenalkan model terlaris Wave Alpha MMC dengan sentuhan yang lebih bergaya, mesra alam jimat bahan api. Model ini menawarkan sistem penapisan terkini yang berupaya mengurangkan tahap pelepasan asap dan meningkatkan prestasi enjin secara keseluruhan.
Chear Motor Sdn Bhd merupakan sebuah pengedar dan pengeluar motosikal yang cukup popular, disegani dan berpengalaman. Ia diasaskan oleh Dato' Chear Kin Keong dan sejak penubuhannya pada tahun 1987, Chear Motor telah pun menjual beribu buah motosikal dan aksesori kepada para pencinta motosikal yang bukan sahaja datangnya dari seluruh negara malah dari Thailand dan Singapura.
Tahniah buat lapan orang penunggang tegar wanita yang telah berjaya menyelesaikan misi 1000 Corners Challenge 2017 dengan selamat. Walaupun mempunyai latar belakang berbeza, mereka telah disatukan atas minat yang sama iaitu mengembara dengan jentera berkuasa tinggi.
Ride Bersekutu ini dianjurkan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kelab-kelab motosikal dan para pencinta motosikal. Program ini juga telah disokong dan dilepaskan oleh YB Dato’ Yusof Ayob, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi - Putra Jaya), Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Malaysia.
Benelli, pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali telah mengumumkan dengan rasminya pelantikan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd sebagai pengedar baru mereka untuk motosikal jenama Benelli di Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.
Tahniah buat Sdr. Jafni Zainuddin dan Sdr. Azmi Abd Rahman yang telah memenangi peraduan 'The Perfect Deal' yang dianjurkan oleh Domino's Pizza dengan kerjasama daripada SYM Malaysia. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Domino's Pizza Seksyen 13, Shah Alam.
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd (SYM Malaysia) bakal menjadi penaja utama program hebat, ' SYM Gempaq Penang 2.0' yang akan dianjurkan pada 1 April 2017. Majlis pelancaran program ini telah diadakan pada 7 Januari lalu yang disempurnakan oleh Datuk Mohd Zaini bin Mohd Said, Penaung Komuniti Sehati Sejiwa dan Pengurus Perhubungan Kerajaan SYM Malaysia, En. Mohamad Fauzie.