☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Mei 2017

Pemenang Peraduan SYM Sport Rider 'Snap & Win' Terima Habuan!

Tahniah diucapkan kepada En. Azlan Fiore, En. Mark Dienz dan Ms. Nazymahh Nasyr yang dipilih sebagai pemenang Peraduan SYM Sport Rider 125i 'Snap & Win'. Ketiga-tiga pemenang ini menerima hadiah berupa sebuah telefon pintar Samsung Galaxy J3(6) serta baju-t eksklusif Sport Rider 125i yang ditandatangani oleh selebriti terkenal negara, Shaheizy Sam.

Peraduan ini dianjurkan oleh SYM Malaysia melalui laman sesawang Facebook rasmi mereka bermula pada 8 Disember 2016 hingga 12 Februari lalu. Para pemilik SYM Sport Rider 125i hanya perlu merakam foto kenangan bersama jentera SYM dengan berlatar belakangkan pemandangan yang indah, unik dan menarik. Selain hadiah-hadiah tersebut, 20 pemenang saguhati juga telah dipilih untuk menerima baju-t eksklusif Sport Rider 125i.

Sedikit info mengenai SYM Sport Rider 125i. Ia merupakan sebuah jentera yang menawarkan harga yang mampu milik (RM5,600 dan RM6,000 untuk model SE) disamping enjin suntikan bahan api (EFI) yang menjana kuasa mencapai 7.2kW pada 8,000rpm dan 10.8Nm pada 5,500rpm. Model ini didatangkan dengan sistem saspensi hadapan jenis teleskopik untuk penyerapan yang lebih efisyen serta tangki bahan api bersaiz 4.2 liter untuk tunggangan yang lebih meyakinkan. RR

Isu Pada

Mei 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).