Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Julai 2016

WSBK 2016 Pusingan Ke-7, Donington Park, UK : Tom Sykes Lepas Geram

Perlumbaan pusingan ketujuh yang berlangsung di litar terkemuka Donington Park ternyata mencuri tumpuan dunia apabila pelumba 'tuan rumah', Tom Sykes berjaya meraih kemenangan dua perlumbaan dengan begitu sempurna sekali. Kali terakhir pelumba berusia 30 tahun ini melakukan magis iaitu dengan dua kemenangan dalam satu pusingan juga berlangsung di litar yang sama musim lalu.

Tom Sykes membuktikan dirinya masih mampu merebut takhta kejuaraan tahun ini.
Tom Sykes membuktikan dirinya masih mampu merebut takhta kejuaraan tahun ini.

Perlumbaan 1 dimulakan dengan Tom Sykes berada di petak pertama diikuti Chaz Davies dan Lorenzo Savadori. Dua pelumba Ducati, Davies dan Giugliano memecut dengan sempurna untuk membentuk kumpulan hadapan yang turut disertai oleh Sykes dan Rea. Seperti pusingan sebelum ini, pertarungan sengit antara mesin merah dan hijau menggamatkan lagi litar pada hari itu.

Sedang cuba menjarakkan diri, Davies terbabas pada lap keenam menyebabkan tempatnya kini diganti oleh teman sepasukan, Giugliano yang terpaksa menahan serangan hebat daripada dua 'Ninja' di belakangnya. Juara bertahan, Rea mengalami sedikit masalah menyebabkan dia ketinggalan sedikit demi sedikit sehinggalah sejauh hampir enam saat di belakang Sykes dan Giugliano.

Kedudukan Jonathan Rea sebagai pendahulu kutipan mata masih mampu digugat oleh Tom Sykes & Chaz Davies.
Kedudukan Jonathan Rea sebagai pendahulu kutipan mata masih mampu digugat oleh Tom Sykes & Chaz Davies.

Ketika perlumbaan berbaki lapan lap, Skyes sudah mula membuat serangan yang menyebabkan Guigliano semakin tertekan. Dengan kawalan brek dan miringan yang kemas, Sykes akhirnya berjaya membuat pintasan untuk memimpin dan membuka jarak. Pelumba dari West Yorkshire ini akhirnya berjaya muncul juara Perlumbaan 1 di hadapan para penyokongnya diikuti Giugliano dan Rea.

Dua jentera Itali berentap, Leon Carmier (2) & Davide Giugliano (34).
Kemenangan itu ternyata membakar semangat Tom Sykes untuk mendapatkan kemenangannya dalam Perlumbaan 2. Menyedari akan kepantasan dua pelumba Ducati yang sering memecut di awal perlumbaan, Sykes dan Rea tidak lagi melakukan kesilapan. Kedua-dua pelumba Kawasaki itu dengan pantas cuba membuka jarak. Mereka berjaya.

Chaz Davies terjatuh ketika perlumbaan 2 WSBK.
Chaz Davies terjatuh ketika perlumbaan 2 WSBK.

Sykes berada di hadapan hampir sepanjang perlumbaan sehinggalah dia melakukan sedikit kesilapan pada lap ke 18 yang menyebabkan Rea pula berada di hadapan sekali. Nasib ternyata tidak menyebelahi Rea apabila dia pula melakukan kesilapan pada selekoh berikutnya. Sykes mengambil peluang terbuka itu untuk terus memecut dan mendapatkan kemenangan keduanya pada pusingan ketujuh ini.

Chaz Davies.
Chaz Davies.

“Minggu yang sangat baik. Kami sememangnya bekerja keras untuk kejayaan ini. Sejak perlumbaan di Sepang tempohari, kami bertungkus lumus untuk mendapat kemenangan seperti ini,” komen Tom Sykes.

“Tahniah buat Sykes dan saya benar-benar ingin berterima kasih kepada seluruh pasukan saya kerana menyediakan mesin sehebat ini. Saya rasa bersalah tetapi saya dilanda sedikit masalah. Tunggangan saya hari ini sangat agresif dan sememangnya saya sentiasa kurang selesa di litar ini dan Assen tetapi hari ini saya berjaya atasinya,” komen Jonathan Rea yang kini terus mengungguli carta keseluruhan dengan 293 mata.

Jonathan Rea.
Jonathan Rea.

Bagi pasukan Ducati, kejayaan kedua-dua pelumbanya menghadiahkan kedudukan podium adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Chaz Davies dan Davide Giugliano kini berada di tangga ketiga dan keempat dengan kutipan 231 mata dan 147 mata.

Kenan Sofuoglu sekali lagi menunjukkan kelasnya tersendiri apabila muncul juara di Donington Park dengan penuh bergaya. Pelumba dari Turki ini agak ketinggalan pada mulanya tetapi dengan penuh bersemangat mengejar Jacobsen yang menunggang Honda CBR 600RR di tempat kedua.

Zulfahmi kini menduduki tempat ke-10 keseluruhan WSSP.
Zulfahmi kini menduduki tempat ke-10 keseluruhan WSSP.

Jacobsen akhirnya terpaksa menerima kekalahan dengan rela hati apabila Kenan dan ZX-6Rnya lebih pantas di beberapa bahagian. Seorang lagi wakil Kawasaki, Krummenacher menamatkan cabaran kali ini di tempat ketiga diikuti Gino Rea dan Luke Stapleford masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Cameron Beaubier kini berada di antara 10 pelumba terbaik.
Cameron Beaubier kini berada di antara 10 pelumba terbaik.

Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat ke-20, semangat yang ditunjukkan oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin seharusnya mendapat pujian. Ini juga merupakan kali pertama buat Fahmi beraksi di litar Donington Park ini dan semestinya bukan mudah untuk mendapat keserasian dengan cepat.

Kenan Sofuoglu masih unggul dalam kelas WSSP.
Kenan Sofuoglu masih unggul dalam kelas WSSP.

“Saya menghadapi kesukaran berlumba di sini kerana baru pertama kali. Banyak bahagian yang tinggi dan rendah yang memerlukan kita tahu ke mana arahnya sebelum memerah pendikit dengan yakin. Litar berikutnya ialah Misano. Saya tahu dan sukakan litar itu, jadi saya rasa mampu untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik,” kata Fahmi penuh bersemangat.

Fahmi kini berada di tangga ke-10 WSSP dengan 40 mata. Diharap dia terus maju demi mengharumkan nama negara. RR

Isu Pada

Julai 2016

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Berita Kelab

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

Konvoi Kembara Road Rider Crew Taiping (RRCT) 3.0 dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-4 kelab

Warta Roda

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

Empat penunggang maut manakala yang lain cedera dalan kemalangan antara beberapa motosikal dan sebuah kereta di LPT.

Warta Roda

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi Yamaha Y15ZR yang menawarkan penampilan lebih segar .

Dari Litar

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan MotoGP Malaysia akan terus dianjurkan selama lima tahun lagi.