☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Oktober 2016

Petronas CubPrix 2016, Pusingan 7, Kangar, Perlis : Md Akid Kini Pimpin CP115

Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat kedua, kejayaan Md Akid Aziz memperoleh 20 mata berharga telah melonjakkan kedudukan anak muda ini ke tangga teratas keseluruhan CP115 dengan 106 mata. Ini bererti persaingan pastinya bertambah sengit memandangkan sebelum ini tempatnya dimiliki oleh wakil pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin.

Muzakkir (92) bermula dengan baik tetapi gagal mengemaskan tunggangan sebelum dipintas para pelumba lain dalam saingan CP115.

Dalam persaingan di Pasir Gudang, tiga petak paling hadapan diungguli oleh Azroy, Muzakkir dan pelumba tuan rumah, Fakhrusy Syakirin. Ketiga-tiga pelumba muda itu ternyata mempunyai kemahiran yang semakin tinggi seterusnya mempersembahkan persaingan yang cukup mendebarkan. Fakhrusy berjaya meloloskan diri untuk memimpin perlumbaan.

Fakhrusy gembira dengan kejayaan sulungnya yang diperoleh pada pusingan ketujuh.
Fakhrusy gembira dengan kejayaan sulungnya yang diperoleh pada pusingan ketujuh.

Berbekalkan semangat yang cukup tinggi, Akid berjaya mengejar dan bersama dengan kelompok hadapan. Walaupun Tengku turut cuba untuk menyaingi para pelumba depan tetapi ternyata mereka lebih serasi dan selesa dengan litar ini. Akid akhirnya berjaya memintas Azroy dan Syukran untuk mendapatkan tempat kedua tetapi telah terlambat untuk mengejar Fakhrusy yang sudah jauh di hadapan.

Fakhrusy akhirnya berjaya memiliki kemenangan sulungnya dalam tahun ini dikuti Md Akid dan Azroy masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Tiga jagoan CP130 di Litar Johor. Dari kiri: Norizman, Kasma dan Afif.
Tiga jagoan CP130 di Litar Johor. Dari kiri: Norizman, Kasma dan Afif.

"Permulaan saya tidak begitu baik dan pada masa sama saya juga sedikit berhati-hati untuk mengelak daripada membuat sebarang kesilapan. Dengan litar yang agak sempit, sering kali berlaku sedikit perlanggaran bersama pelumba lain. Walaupun ketinggalan, saya yakin jentera saya mempunyai kelajuan yang cukup untuk mengejar dan memintas meskipun selekoh di sini agak sempit,” komen anak Johor, Kasma Daniel selepas memenangi perlumbaan kelas prima ini buat kali keenam dalam tujuh pusingan.

Para penunggang Yamaha bergambar kenangan.
Para penunggang Yamaha bergambar kenangan.

Walaupun bermula di petak utama, Kasma diberi tentangan hebat oleh para pelumba terkenal seperti Norizman, Afif dan Fazli Sham. Dengan keadaan trek yang agak sempit, perebutan di antara para pelumba ini kadang kala agak merisaukan. Kasma mula mendapat rentak positif pada lap kelapan dengan kemampuannya mengejar tiga pelumba di depan.

Kasma memintas Fazli terlebih dahulu dan tidak lama selepas itu, Afif pula mangsanya. Oleh kerana Norizman sudah mula membuka jarak, Kasma terpaksa menunggu hingga lap ke-9 untuk mula memberi tekanan seterusnya menggunakan kemantapan jenteranya di laluan lurus untuk memintas. Melihat aksi Kasma yang semakin hebat, Afif memantapkan tunggangannya untuk mengejar.

Acara mini bike diadakan bagi memeriahkan suasana
Acara mini bike diadakan bagi memeriahkan suasana

Kasma menang di Pasir Gudang dengan catatan masa 15:52.532 saat meninggalkan Afif di tempat kedua hampir tiga saat di belakang. Norizman kembali ke podium setelah melintasi garisan penamat di tempat ketiga.

Carta Pungutan
Mata Keseluruhan

1. Kasma Daniel (150 mata)
2. Ahmad Fazli Sham (111 mata)
3. Norizman Ismail (68 mata)
4. Ahmad Afif (63 mata)
5. Ahmad Fazrul Sham (63 mata)

Tahniah buat Helmi Azman selepas berjaya membuat hatrik pada pusingan ke-7 tempohari. Ternyata keupayaan pemuda ini semakin hebat sejak di pusingan ketiga lalu selepas muncul sebagai naib juara. Dalam saingan kelas ini empat pelumba yang dilihat mampu memberikan persaingan sengit iaitu Shafiq Ezzariq, Helmi, Qhuwarismi dan Amirul Arif.

Helmi (tengah) melakukan kemenangan hatrik di Pasir Gudang.

Selepas juara di tiga pusingan awal, Shafiq semakin tenggelam dengan peningkatan yang ditunjukkan oleh Helmi dan Qhuwarismi. Senario yang sama juga berlaku di Johor selepas Helmi dan Qhuwarismi dengan pantasnya memimpin perlumbaan dari awal-awal lagi. Pertarungan di antara kedua-dua pelumba ini sehinggakan para pelumba lain ketinggalan jauh di belakang.

Helmi dinobatkan sebagai juara dan Qhuwarismi di tempat kedua manakala Shafiq Ezzariq melintasi garisan penamat di tempat ketiga tujuh saat di belakang. Kemenangan ini membolehkan Helmi semakin merapati Shafiq dalam pencarian juara keseluruhan Wira musim ini.

Dari kiri: Alif, Syarifuddin dan Adib meraikan kejayaan masing-masing.
Dari kiri: Alif, Syarifuddin dan Adib meraikan kejayaan masing-masing.

Usaha tangga kejayaan. Itulah yang telah dilakukan oleh pelumba dari Selangor, Syarifuddin di Pasir Gudang ini. Selepas lebih daripada separuh musim mencuba, dia akhirnya berjaya mendapatkan apa yang dihajati dengan penuh bergaya sekali. Kemantapan dan keyakinan tinggi yang dipertontonkannya sangat mengujakan.

Kemenangan bergaya Syarifuddin dengan meninggalkan pemenang kedua sejauh 15 saat di belakang
Kemenangan bergaya Syarifuddin dengan meninggalkan pemenang kedua sejauh 15 saat di belakang

Sokongan dan sorakan para penonton menyemarakkan lagi semangat Syarifuddin untuk merangkul kejuaraan sulung dengan kelebihan 15 saat di hadapan naib juara, Alif Ashraf dari Kuala Lumpur. Pelumba dari Johor, Md Adib Md Asri turut menyerlah pada pusingan ini dengan kemenangan di tempat ketiga.

Walaupun menamatkan perlumbaan ke tempat ke-11, Md Fadli Shah masih mengungguli kedudukan keseluruhan dengan 125 mata manakala tangga kedua kini dimiliki oleh Md Alif Ashraf dengan 114 mata.

Darwin (20) akhirnya terpaksa menyerah kalah kepada Nazif (14) yang lebih pantas.

Kejayaan di Terengganu pada Ogos lalu ternyata telah membakar semangat Haikal Syafik untuk menonjolkan kemampuannya, kali ini di selatan tanahair. Haikal pastinya amat teruja dengan kejayaan ini selepas mengharungi tentangan sengit daripada Md Zaki Ahmad sepanjang 10 lap persaingan.

Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha bersama piala masing-masing.
Para pemenang Cabaran Honda Wave Alpha bersama piala masing-masing.

Walaupun ini merupakan litar yang cukup asing buat semua pelumba, kemantapan melakukan brek-brek keras dengan cukup bergaya membolehkan Haikal mengatasi Md Zaki hanya dengan perbezaan 0.925 saat.

Khemah promosi Honda dikerumuni oleh para penyokong mereka.
Khemah promosi Honda dikerumuni oleh para penyokong mereka.

Pelumba dari Selangor, Sahzul Naim kembali ke podium selepas sekian lama. Kali terakhir Sahzul berdiri megah di podium ialah di pusingan kedua pada bulan April lalu. Tahniah buat semua pelumba dan ayuh teruskan semangat anda di pusingan akan datang. RR

Isu Pada

Oktober 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.