Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Oktober 2020

Morbidelli Pamer Kelas Tersendiri di Motorland

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli telah mempamerkan tunggangan sempurna untuk menakluki perlumbaan pusingan 12 yang berlangsung di Litar Motorland Aragon dan ini juga merupakan kemenangannya yang kedua dalam kelas prima musim ini. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh dua jagoan Suzuki iaitu Alex Rins dan Joan Mir.

Dari kiri: Alex Rins, Franco Morbidelli dan Joan Mir.
Dari kiri: Alex Rins, Franco Morbidelli dan Joan Mir.

Drama saingan kelas prima ini bermula sejak di lap pertama lagi. Pelumba pasukan LCR Honda, Takaaki Nakagami yang berada di petak pertama bermula dengan baik untuk mengetuai perlumbaan. Belum sempat habis satu lap, impian Nakagami untuk mencipta sejarah sebagai pelumba Jepun pertama menjuarai kelas prima sejak 16 tahun lalu musnah apabila dia terbabas ke luar litar di selekoh keempat.

Morbidelli mengambil alih posisi hadapan tetapi dikejar rapat oleh Rins, Maverick Vinales dan Johann Zarco. Walaupun bermula di petak ke-12, Mir berjaya mendapatkan rentak terbaik untuk memintas seorang demi seorang dan akhirnya berjaya meletakkan dirinya bersama kelompok hadapan. Mir kemudiannya berjaya memintas Vinales dan Zarco untuk berada di tempat ketiga. Turut mengekori rentak Mir ialah pelumba pasukan Repsol Honda iaitu Alex Marquez yang semakin ghairah mendapatkan posisi di podium. Dia sering mencatatkan masa paling pantas dan semakin serasi dengan jenteranya. Nasib tidak menyebelahi adik penyandang juara (Marc Marquez) apabila terbabas sewaktu cuba memburu Mir.

Alex Rins cuba mengejar Morbidelli dengan segala pengalaman.
Alex Rins cuba mengejar Morbidelli dengan segala pengalaman.

Di depan, Morbidelli semakin yakin dan mula membuka jarak meninggalkan Rins sejauh 0.6 saat di belakang manakala Mir tenang di posisi ketiga. Zarco, Vinales, Miguel Oliveira dan Fabio Quartararo terus bersaing cukup sengit untuk menambah kutipan mata. Morbidelli mengakhiri saingannya dengan cemerlang dengan catatan masa 41:47.652 dan membuka peluangnya untuk terus memberi cabaran dalam perebutan juara keseluruhan musim ini.

Rins berpuas hati di tempat kedua manakala Mir yang menambah 16 mata kini berada di tangga tertinggi kejuaraan dengan 137 mata (14 mata di hadapan Fabio Quartararo) dengan tiga pusingan berbaki. Pol Espargaro cemerlang di tempat keempat meski pun bermula di petak kesembilan. Johann Zarco dan Miguel Oliveira masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Alex Marquez dan Johann Zarco cuba mengatasi satu sama lain.
Alex Marquez dan Johann Zarco cuba mengatasi satu sama lain.
Joan Mir yakin untuk teruskan kecemerlangannya.
Joan Mir yakin untuk teruskan kecemerlangannya.
Petrucci meraih pujian apabila menamatkan cabaran di antara 10 pelumba terpantas.
Petrucci meraih pujian apabila menamatkan cabaran di antara 10 pelumba terpantas.

Perlumbaan di Aragon menutup tirai dan kini saingan musim ini hanya tinggal tiga pusingan sahaja lagi. Mir, Quartararo, Vinales, Morbidelli, Dovizioso dan Rins semuanya masih berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara MotoGP 2020. Pusingan ke-13 dan 14 akan berlangsung di Litar Valencia pada 8 November dan 15 November 2020. Mir kini mendahului dengan 14 mata, tetapi itu boleh berubah sekelip mata. Musim ini memang penuh teka-teki...drama dan cabaran! RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Kembara

TM Bikers Ride ke Sri Lanka 2026

Jelajah TM Bikers Sri Lanka Ride 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan ahli-ahli TM Bikers bersama rakan-rakan.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888