☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Januari 2021

Kejuaraan SIC MiniGP Pusingan 2: Qabil Irfan dan Hakim Danish

Qabil Irfan dan Muhammad Hakim Danish meraih kemenangan berturut-turut di Kejohanan SIC MiniGP Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC) pada awal September lalu. Qabil, juara Pusingan 1 bagi kategori 110cc, mengekalkan kedudukannya di tangga teratas dengan catatan masa 14 minit 49.340 saat (Perlumbaan 1) dan 14 minit 54.053 saat dalam Perlumbaan 2. Pelumba muda ini berjaya menewaskan pencabar terdekat, Adie Putra di tempat kedua dan Awwal Haiqal di tempat ketiga.

Bagi kategori 160cc pula, cuaca yang baik pada hari itu membantu Hakim Danish menggungguli Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 dengan cemerlang sekali. Walaupun memulakan perlumbaan di petak akhir berikutan kemalangan di sesi kelayakan awal pagi, Hakim terus beraksi seperti Marc Marquez dengan memotong setiap pelumba untuk merebut kembali kedudukan pertama.

Dalam saingan pertama Irfan Haykal menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti Amirun Haziq di tempat ketiga. Situasi sedikit berbeza dalam perlumbaan 2 selepas Farres mempamerkan tunggangan bertenaga untuk merebut tempat kedua dengan menewaskan Irfan di tempat ketiga.

Nasib tidak menyebelahi Farish Hafiy apabila penunggang bernombor 13 ini terbabit dalam kemalangan di selekoh pertama. Farish tidak dapat meneruskan perlumbaan dan telah menerima rawatan dengan lebih lanjut di hospital.

Hasil dari bimbingan daripada bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin dan para mekanik yang terlatih dari pasukan ZK Racing, para pelumba cilik kini berjaya mempelajari prosedur dan cara perlumbaan yang profesional.

Dalam perlumbaan kali ini, kita dapat melihat pelumba-pelumba muda mula menunjukkan aksi yang lebih baik. Mereka dapat memberi maklum balas seperti penunggang profesional kepada para mekanik. Mereka dapat berkomunikasi dan berkongsikan info penting seperti apa yang perlu diperbaiki dan dilakukan agar jentera lebih kompetitif.

Hakim Danish berkata, “Syukur atas kejayaan menjadi juara pada pusingan ini. Perlumbaan 1 agak sengit jika dibandingkan dengan Perlumbaan 2. Saya berasa lebih selesa dengan jentera lumba dan prestasi saya juga meningkat. Saya berharap agar dapat lakukan yang terbaik untuk pusingan yang akan datang.”

Pusingan 3 akan berlangsung pada 25 Oktober 2020 dan diikuti dengan pusingan seterusnya yang dijadualkan pada 15 November dan pusingan akhir pada 6 Disember 2020. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).