☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Mac 2021

Maverick 'Terbang' di Qatar. Tewaskan Zarco...Bagnaia....Joan Mir

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales mempamerkan tunggangan cukup cemerlang untuk merangkul kemenangan pertamanya di pusingan pembukaan MotoGP 2021 yang berlangsung di Litar Losail, Qatar semalam. Kejayaan ini diraih selepas pelumba bernombor 12 itu berjaya mengenepikan Johann Zarco, Francesco Bagnaia dan juara bertahan, Joan Mir.

Maverick Vinales
Maverick Vinales
Para pemenang MotoGP pusingan 1. Dari kiri: Zarco, Vinales & Bagnaia.
Para pemenang MotoGP pusingan 1. Dari kiri: Zarco, Vinales & Bagnaia.

Saingan kelas prima ini pada awalnya didominasi oleh jentera-jentera Ducati yang memiliki kelebihan khususnnya dari segi kelajuan maksimum di laluan lurus. Lihat saja tahap pecutan jentera Zarco yang mencapai 364km/j. Bagnaia terus mendahului Miller, Zarco dan Martin. Zarco kemudiannya memintas Miller untuk merebut tempat kedua.

Francesco Bagnaia.
Francesco Bagnaia.

Selepas permulaan yang perlahan, dua jagoan Yamaha, Fabio Quartararo dan Maverick Vinales berjaya mencari ruang untuk 'mencuri' tempat-tempat di hadapan. Di belakang, Valentino Rossi (Petronas Yamaha SRT) sedang bergelut dengan Alex Rins dan Joan Mir. Kembar jentera Suzuki GSX-RR kemudiannya menyerang dan memintas The Doctor.

Joan Mir '36' berjaya mengekang kemaraan Valentino Rossi '46' dan para pencabar lain untuk meraih tempat keempat.
Joan Mir '36' berjaya mengekang kemaraan Valentino Rossi '46' dan para pencabar lain untuk meraih tempat keempat.
Alex Rins tamatkan saingan ke tempat keenam.
Alex Rins tamatkan saingan ke tempat keenam.

Kekuatan Viñales dan casis Yamaha di setiap selekoh jelas dapat dilihat apabila sedikit demi sedikit Vinales berjaya merapati para pelumba di hadapan. Ketika saingan berbaki lapan lap sahaja lagi, Vinales membuat serangan untuk memimpin perlumbaan seterusnya menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama.

Fabio dan Maverick berpuas hati dengan kemampuan jentera Yamaha 2021.
Fabio dan Maverick berpuas hati dengan kemampuan jentera Yamaha 2021.

Mir terpaksa mengerahkan seluruh tenaga dan pengalamannya memintas dua pelumba di hadapan dengan menyasarkan tempat kedua tetapi laluan lurus menjadi punca pelumba Suzuki itu tertewas. Mir terpaksa akur dengan kepantasan jentera Zarco dan Bagnaia yang gagal dicabar sama sekali.

Tempat kelima dimenangi oleh Fabio Quartararo, diikuti oleh Alex Rins, Aleix Espargaro dan adiknya Pol Espargaro.

Tahniah buat P. Espargaro '44' yang semakin positif bersama pasukan baru.
Tahniah buat P. Espargaro '44' yang semakin positif bersama pasukan baru.
Valentino Rossi menamatkan saingan di tangga ke-12.
Valentino Rossi menamatkan saingan di tangga ke-12.

“Ia perlumbaan yang sangat baik kerana saya dapat bertarung dengan para pelumba lain – ia amat penting kerana sudah agak lama saya tidak dapat memintas ramai pelumba dalam satu perlumbaan. Saya dapat rasakan keistimewaan jentera ini dan amat berpuas hati dengan kejayaan yang berjaya dimiliki kerana saingan bukanlah senang. Kami akan bekerja keras untuk pusingan berikutnya kerana sudah pasti para pencabar juga akan mempertingkatkan prestasi jentera masing-masing. Apa pun, saya yakin kami akan dapat memberikan keputusan yang lebih baik di musim baru ini, ” kata Maverick Vinales. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.