☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 24 Mei 2021

WSBK Pusingan 1: Jonathan Rea Cipta Sejarah Kemenangan Ke-100!

Pelumba pasukan Kawasaki Racing Team (KRT), Jonathan Rea telah mengungguli perlumbaan pembuka tirai apabila berjaya mencipta sejarah bersama ZX-10RR barunya dengan kemenangan buat kali ke-100 dalam WSBK dan yang ke-85 untuk pasukan Kawasaki.

Jonathan Rea '1' mendominasi Perlumbaan 1 dengan tunggangan mantap.
Jonathan Rea '1' mendominasi Perlumbaan 1 dengan tunggangan mantap.

Dengan menggunakan jentera serba baru, Rea mendominasi saingan pertama dari awal hingga akhir untuk menerima kibaran bendera penama, 4 saat di hadapan pemenang tembat kedua yang rakan sepasukannya, Alex Lowes. Tempat ketiga dimenangi oleh Toprak Razgatlioglu dari pasukan Pata Yamaha with BRIXX WorldSBK.

Toprak Razgatlioglu '54' berjaya menewaskan Scott Redding dalam perebutan tempat ketiga.
Toprak Razgatlioglu '54' berjaya menewaskan Scott Redding dalam perebutan tempat ketiga.

Chas Davies
Chas Davies

Rea mampu untuk mengekalkan kedudukannya hampir di sepanjang perlumbaan dan satu-satunya pelumba yang boleh memberi cabaran dalam saingan sulung musim ini ialah Alex Lowes. Apabila cengkaman tayar hadapan tidak begitu baik, Lowes hampir terbabas selepas dua kali berlakunya slide dan ini menyebabkan dia telah ketinggalan.

Scott Redding cemerlang dalam Perlumbaan 2.
Scott Redding cemerlang dalam Perlumbaan 2.

Scott Redding dari pasukan Ducati berjaya mengekalkan rentaknya walaupun diberi tentangan hebat oleh Tom Sykes (BMW Motorrad WorldSBK Team) dan Chaz Davies untuk meraih tempat keempat.

Perlumbaan 2 pula memberi kelebihan buat pelumba Ducati, Scott Redding untuk menebus kekecewaan dalam saingan sebelumnya. Hujan yang turun membasahi litar menyebabkan kebanyakan pelumba telah memilih tayar intermediate. Redding mengambil peluang menggunakan cengkaman tayar yang baik untuk memecut ke garisan penamat, sementara Jonathan Rea terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

 Garrett Gerloff masih mampu teruskan saingan walaupun terbabas.
Garrett Gerloff masih mampu teruskan saingan walaupun terbabas.

Saingan kedua ini juga menyaksikan kemantapan jentera-jentera Yamaha dan BMW yang dapat memberi cabaran bersama-sama kelompok hadapan. Insiden di antara Gerloff dan Rea membuka peluang terbaik buat Redding untuk mencari 25 mata penting.

Jonathan Rea dari Kawasaki Racing Team kini berada di tangga teratas dengan 57 mata, diikuti oleh rakan sepasukannya Alex Lowes dengan 45 mata. Tempat ketiga dan keempat keseluruhan diisi oleh Scott Redding dan Toprak Razgatlioglu yang pastinya akan terus memburu para pelumba di hadapan sepanjang musim ini. RR


 

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.