☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 14 Jun 2021

CEV Junior World Championship: Syarifuddin Kibar Jalur Gemilang di Catalunya!

Sangat membanggakan apabila melihat Jalur Gemilang dan lagu Negaraku berkumandang pentas sukan dunia. Tahniah buat Syarifuddin Azman dari pasukan SIC Racing yang juga lebih dikenali sebagai Damok selepas berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih kemenangan di saingan Moto3 CEV Junior World Championship yang diadakan di Litar Catalunya, Sepanyol.

Pelumba negara berusia 19 tahun itu bermula di petak ke-10 telah mempamerkan tunggangan yang matang dan bertenaga untuk memberi cabaran bersama kelompok hadapan. Berkat kesabaran dan semangat juang yang tinggi, Damok menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama dengan catatan masa 29:32.553s.

Syarifuddin tenang di petak grid.
Syarifuddin tenang di petak grid.
Damok sabar menunggu peluang untuk memintas.
Damok sabar menunggu peluang untuk memintas.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini dan telah bekerja keras sejak di sesi latihan bebas lagi. Sayangnya saya terjatuh dalam perlumbaan kedua kerana ada pelumba telah melanggar saya. Terima kasih buat pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini. Terima kasih juga buat pengurus pasukan dan Datuk Razlan yang hadir. Piala kemenangan ini untuk Malaysia!,” kata Damok kini berada di tangga keenam keseluruhan dengan kutipan 30 mata.

Tempat kedua dimenangi oleh David Munoz Rodriguez diikuti Jose Antonio Rueda Ruiz, kedua-duanya pelumba Sepanyol. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.