☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Julai 2021

Pelumba muda, Hugo Millan meninggal dunia akibat kecederaan serius.

Selepas terbabit dalam kemalangan serius di saingan European Talent Cup Race, pelumba muda dari Sepanyol, Hugo Millan telah disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan di Litar Motorland Aragon.

Hogu yang berusia 14 tahun itu merupakan antara pelumba yang sangat berbakat dan sedang mencipta nama. Dia antara tiga pelumba terbaik dalam saingan (ETC) musim ini. Insiden yang berlaku di Selekoh 5 itu turut melibatkan beberapa pelumba lain dan perlanggaran yang berlaku terlalu pantas.

Para marshal bertugas dengan serta merta mengibarkan bendera merah dan kenderaan bantuan perubatan terus dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan dan kemudiannya membawa Hugo ke Pusat Perubatan. Walaupun telah mencuba sedaya upaya, kecederaan yang dialaminya cukup serius.

Kehilangan Hogu ternyata mengejutkan dunia sukan permotoran dunia. Semoga keluarganya tabah menghadapi saat sukar ini. RR

sumber: https://www.fimcevrepsol.com/en

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.