☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 Ogos 2021

Brad Binder Buat 'Gila' Menang Di Austria

Perlumbaan kelas prima di Austria pertengahan bulan lalu mungkin antara yang paling 'best' dalam sejarah MotoGP. Pelbagai riaksi peminat MotoGP dapat dilihat menerusi media sosial yang kebanyakannya cukup berpuas hati dengan pertarungan yang memang gila dan mengagumkan.

Saingan bermula dengan kepantasan Jorge Martin (Pramac Racing) memecut untuk mengulangi kejayaannya di Pusingan 10. Namun begitu, dia diekori rapat oleh Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP), Francesco Bagnaia aka Pecco dan Johann Zarco. Tidak lama kemudian, kumpulan hadapan ini bertambah meriah apabila Marc Marquez (Repsol Honda) dan Jack Miller mendapatkan rentak yang lebih baik.

Keberanian Brad Binder kendalikan jenteranya di dalam hujan mendapat pujian ramai.
Keberanian Brad Binder kendalikan jenteranya di dalam hujan mendapat pujian ramai.

Posisi di depan cepat berubah apabila masing-masing mampu mencari ruang untuk membuat serangan. Fabio, Marc, dan Pecco memiliki potensi besar untuk meraih 25 mata penting. Yamaha memiliki kelebihan terutamanya di selekoh tajam tetapi apabila tiba di laluan lurus, Ducati jelas lebih pantas.

Namun begitu, langit tidak selalu cerah... memang betul. Hujan mula turun di akhir saingan dan semakin lebat pada lima lap terakhir. Jack serta Alex Rins (Suzuki Ecstar) membuat keputusan untuk menukar motosikal lebih awal manakala para pelumba lain termasuklah Joan Mir (Suzuki Ecstar) dan Brad Binder terus mengejar posisi podium.

Pecco membuat keputusan untuk menukar tayar dan bernasib baik apabila berjaya meraih naib juara.
Pecco membuat keputusan untuk menukar tayar dan bernasib baik apabila berjaya meraih naib juara.
Joan Mir menamatkan cabarannya di GP Austria di tempat keempat.
Joan Mir menamatkan cabarannya di GP Austria di tempat keempat.

Tayar 'slick' yang hilang cengkaman menyebabkan para pelumba bagaikan bermain 'ice skating'... brek sikit dah menyebabkan motosikal hampir hilang kawalan tapi masing-masing degil untuk menyerah kalah. Apabila saingan berbaki empat lap sahaja lagi, Marc MArquez yang ketika itu memimpin lima lagi pelumba membuat keputusan kembali ke paddock untuk menukar jenteranya.

Semua pelumba 'setuju' dengan keputusan Marc kecuali Brad Binder yang meneruskan saingan dengan tayar asal. Keberaniannya itu berjaya memberikannya banyak masa untuk memecut ke hadapan. Turut tidak menukar tayar ialah Aleix Espargaro, Valentino Rossi, Takaaki Nakagami, Luca Marini dan Iker Lecuona. Walaupun agak 'melayang-layang', mereka tetap cekal untuk berada di litar memandangkan saingan hanya tinggal 3 lap sahaja lagi. Bagi Valentino, inilah peluang keemasannya untuk mendapatkan podium ke-200.

Fabio Quartararo kini berada di tangga tertinggi carta dengan 181 mata.
Fabio Quartararo kini berada di tangga tertinggi carta dengan 181 mata.
Marc Marquez hampir meraih podium jika tidak terbabas sebaik sahaja dia menukar tayar.
Marc Marquez hampir meraih podium jika tidak terbabas sebaik sahaja dia menukar tayar.

Walaupun dikenakan penalti akibat 'Melanggar Had Litar', Brad ‘Si Berani’ tetap dinobatkan sebagai juara pusingan 11 dengan penuh bergaya. Tempat kedua dimenangi oleh Pecco yang berjaya memotong hampir semua pelumba di depannya manakala Jorge Martin di tempat ketiga. Joan Mir dan Luca Marini masing-masing di tempat keempat dan kelima manakala Rossi di tempat kelapan.

Rossi -kiri- berbangga dengan kejayaan anak didiknya, Luca Marini meraih tempat kelima di Austria.
Rossi -kiri- berbangga dengan kejayaan anak didiknya, Luca Marini meraih tempat kelima di Austria.
Alex Rins perlu bekerja lebih keras untuk memberi saingan kepada kelompok hadapan.
Alex Rins perlu bekerja lebih keras untuk memberi saingan kepada kelompok hadapan.

“Memang menakutkan! Apabila nampak hujan mula turun, saya rasa akan kehilangan banyak masa di setiap pusingan dan ketika pelumba lain masuk ke paddock, saya buat keputusan untuk mencuba nasib. Saya boleh memecut lebih laju dari awal tetapi tayar belakang mula tergelincir apabila suhu semakin sejuk. Wow! Saya rasakan seperti ada tangan yang menolong kerana ada beberapa keadaan di mana saya hampir hilang kawalan. Untuk menang hari ini memang suatu yang 'gila',” kata Brad Binder.

Jumlah mata keseluruhan MotoGP 2021:

  1. Fabio Quartararo 181 mata
  2. Francesco Bagnaia 134 mata
  3. Joan Mir 134 mata
  4. Johann Zarco 132 mata
  5. Jack Miller 105 mata

Moto2

Pelumba Sepanyol, Raul Fernandez berjaya 'mengikat' kemaraan Remy Gardner dalam perebutan mendapatkan takhta keseluruhan selepas muncul juara pada perlumbaan pusingan ke-11 baru-baru ini. Raul yang bermula di petak kedua memberikan tunggangan cukup mantap dengan menewaskan pelumba Jepun, Ai Ogura dengan perbezaan masa hanya 0.845 saat.

Kedua-dua pelumba ini memiliki rentak yang konsisten sejak dari awal saingan walaupun bukan mudah untuk melarikan diri. Sam Lowes yang meraih petak pertama dihimpit ramai pelumba sehingga agak ketinggalan. Walaupun cuba bangkit, pelumba dari Great Britain itu hanya mampu untuk berada di tempat keempat.

Jack Miller menamatkan saingan GP Austria di tempat ke-11.
Jack Miller menamatkan saingan GP Austria di tempat ke-11.

Dengan kemenangan ini, Raul berjaya mengembalikan keyakinan selepas keputusan yang kurang baik dalam pusingan sebelum ini. Kutipan 25 mata yang cukup penting telah merapatkan dirinya dengan Remy Gardner hanya perbezaan 19 mata. Dalam saingan pusingan ke-11, Remy menduduki tempat ketujuh.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan saingannya di tempat ke-18 selepas memintas sekurang-kurang lima orang pelumba. Keputusan ini sedikit sebanyak membakar semula semangatnya selepas kurang menyerlah pada pusingan sebelum ini. Hafizh berada di tangga ke-26 keseluruhan dengan lapan mata.

Moto3

Tahniah buat Sergio Garcia selepas meraih kemenangan walaupun bermula di petak ke-13 dan ini membuktikan semangat serta tunggangan yang mantap mampu mengubah nasib seseorang pelumba itu. Sergio berjaya menundukkan lima lagi pencabarnya dalam satu pertarungan Moto3 yang sengit dan mendebarkan.

Sememangnya agak sukar buat para pelumba Moto3 untuk mendominasi satu-satu persaingan kerana hampir kesemuanya memiliki jentera yang sama kuat. Pada pusingan ke-10. Sergio tewas di tangan Pedro Acosta agak mudah (beza jarak 14 saat) tetapi dapat ditebus pada pusingan kali ini.

Pol Espargaro pamer tunggangan yang cukup mantap.
Pol Espargaro pamer tunggangan yang cukup mantap.

Sehingga pusingan ke-11, Pedro Acosta masih unggul di tangga teratas dengan 196 mata, diekori dengan penuh semangat oleh Sergio Garcia (155 mata) di tangga kedua. Wakil Husqvarna, Romano Fenati kini di tangga ketiga dengan 107 mata selepas meraih tempat kelima di GP Austria.

Selepas Austria, para pelumba akan berpindah ke Litar Silverstone pada penghujung bulan ini dan diikuti Litar Aragon pada 12 September 2021. RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).