☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Ogos 2021

Quartararo Terus Unggul, Rins Kedua manakala Aleix Espargaro cipta sejarah di Silverstone

Nampak gayanya peluang pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo untuk menjadi juara dunia mulai cerah apabila telah membuka jarak sejauh 65 mata berbanding Joan Mir yang berada di tangga kedua dengan 141 mata.

Pol Espargaro '44' berjaya melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan GP Britain.
Pol Espargaro '44' berjaya melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan GP Britain.
Fabio Quartararo kini di tangga carta keseluruhan dengan 206 mata.
Fabio Quartararo kini di tangga carta keseluruhan dengan 206 mata.

Pada perlumbaan yang berlangsung di Litar Silverstone semalam, Fabio telah mempamerkan tunggangan yang cukup hebat dengan menewaskan para pencabarnya untuk membawa pulang 25 mata sempurna.

Dalam saingan akhir, Pol Espargaro (Repsol Honda) mendapatkan holeshot untuk berada di depan. Quartararo juga bermula dengan baik di tempat kedua tetapi ketangkasan Francesco Bagnaia (Pecco) dan Aleix Espargaro mengatasi para pesaing mereka untuk turut serta berada di depan.

Aleix Espargaro '41' berjaya mencari ruang untuk memintas adiknya Pol.
Aleix Espargaro '41' berjaya mencari ruang untuk memintas adiknya Pol.

Aleix kemudiannya memberi kejutan apabila berjaya berada di depan tetapi kedudukan ini hanya seketika apabila dia melakukan kesilapan. Fabio yang mula mendapat rentak berjaya mengenepikan pelumba lain untuk memimpin perlumbaan dengan cukup bergaya.

Insiden kemalangan di antara Marc Marquez '93' dan Jorge Martin di awal perlumbaan.
Insiden kemalangan di antara Marc Marquez '93' dan Jorge Martin di awal perlumbaan.
Alex Rins cukup gembira dengan kemenangan tempat kedua selepas bergelut dengan pelbagai masalah.
Alex Rins cukup gembira dengan kemenangan tempat kedua selepas bergelut dengan pelbagai masalah.

Pertarungan di belakang di antara pasangan adik beradik Espargaro, Bagnaia, Joan Mir dan Jack Miller cukup sengit. Dalam masa yang sama, seorang lagi pelumba Suzuki iaitu Alex Rins semakin rapat. Ketika saingan berbaki 13 lap lagi, Rins telah pun memintas seorang demi seorang untuk berada di posisi ketiga (di belakang Aleix). Fabio sudah jauh di depan!

Quartararo hanya perlu tenang dan habiskan perlumbaan memandangnya dia sudah hampir 3 saat di depan. Perebutan tempat podium untuk tangga kedua dan ketiga lebih sengit tetapi seluruh peminat MotoGP tertumpu kepada Aleix dan Aprilia yang sedang berikhtiar sebaiknya untuk mencipta sejarah.

Jaguh tuan rumah, Cal Crutchlow menerima tepukan gemuruh daripada ribuan penonton yang hadir.
Jaguh tuan rumah, Cal Crutchlow menerima tepukan gemuruh daripada ribuan penonton yang hadir.

Pastinya seluruh khemah pasukan Aprilia tersentak apabila Jack Miller berjaya memintas tetapi Aleix kemudiannya menafikan rancangan Miller untuk ke podium dengan serangan yang cukup bijak. Aleix akhirnya berjaya membawa jenteranya melintasi garisan penamat di tempat ketiga dan ia adalah Podium pertama buat Aprilia sejak bersaing dalam MotoGP. Tahniah diucapkan!

Para pemenang GP Britain. Dari kiri: Alex Rins, Fabio Quartararo & Aleix Espargaro.
Para pemenang GP Britain. Dari kiri: Alex Rins, Fabio Quartararo & Aleix Espargaro.
Alex Marquez menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.
Alex Marquez menamatkan perlumbaan di tempat ke-8.
Kemunculan Valentino Rossi sememangnya ditunggu-tunggu.
Kemunculan Valentino Rossi sememangnya ditunggu-tunggu.

Fabio terus unggul di tempat pertama diikuti Alex Rins yang akhirnya kembali ke podium selepas mengharungi musim yang agak mencabar. Kejayaan ini ternyata dapat membantu Alex dalam mempertingkatkan keyakinannya. RR

Senarai pemenang Litar Silverstone, Great Britain

  • Fabio Quartararo    25 mata
  • Alex Rins                20 mata
  • Aleix Espargaro      16 mata
  • Jack Miller              13 mata
  • Pol Espargaro         11 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.