☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 September 2021

Maverick Vinales Tunggu GP Aragon Untuk Mencabar Dengan Jentera Baru

'Babak' terbaru buat Maverick Vinales telah bermula secara rasminya selepas menjalani sesi ujian bersama pasukan Aprilia Racing Team Gresini dengan menunggang jentera RS-GP buat pertama kalinya di Litar Misano World Circuit Marco Simoncelli pada 31 Ogos dan 1 September 2021.

Sesi tunggang uji di litar ini turut disertai oleh beberapa pelumba pasukan saingannya seperti Francesco Bagnaia, Johann Zarco dan Luca Marini serta penunggang uji pasukan seperti Dani Pedrosa (Red Bull KTM Factory Racing), Mika Kallio (Red Bull KTM Factory Racing) dan Michele Pirro (Ducati).

Selepas dua hari, Maverick Vinales ternyata cukup kagum dengan kerjasama dan prestasi seluruh pasukan Aprilia. Vinales dijangkakan akan berada di litar secara rasminya di GP Aragon pada 12 September 2021 nanti.

Vinales akan digandingkan bersama Aleix Espargaro yang telah mencipta sejarah buat Aprilia baru-baru ini. Lorenzo Savadori juga telah disahkan akan menjadi penunggang uji pasukan ini pada musim hadapan dan dengan kehadiran tiga pelumba amat berbakat dalam khemah Aprilia ini bakal memberikan nafas baru buat pasukan dari Itali untuk terus cemerlang.

“Kami amat berbangga dapat mengumumkan perancangan untuk sekarang ini dan juga musim akan datang. Sasarannya ialah untuk mengoptimumkan pencapaian ketiga-tiga pelumba kami dengan sebaik mungkin. Aleix dengan sukacitanya menyambut ketibaan pelumba berbakat seperti Maverick ke pasukan Aprilia Racing,” kata CEO Aprilia Racing, Massimo Rivola.

Info: Maverick dengan rasminya akan bersama Aprilia untuk musim 2022 selepas tidak dapat lagi meneruskan kariernya dengan pasukan Yamaha. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.