☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 September 2021

GP Perancis Milik Toprak Razgatlioglu

Ia adalah minggu yang cukup sempurna buat pelumba Turki, Toprak Razgatlioglu dari pasukan Pata Yamaha with Brixx World SBK yang telah memenangi Perlumbaan 1 dan 2 dalam perlumbaan kelas prima yang berlangsung di Litar Magny-Cours, Perancis pada hari Sabtu dan Ahad lalu.

Walaupun begitu, kemenangan yang dicapainya tidak mudah tetapi dengan mempamerkan tunggangan yang hampir sempurna, Toprak ternyata tidak mampu digugat oleh sesiapa pun.

Toprak Razgatlioglu '54' memecut meninggalkan Jonathan Rea di posisi kedua.
Toprak Razgatlioglu '54' memecut meninggalkan Jonathan Rea di posisi kedua.
Pemenang Perlumbaan 2. Dari kiri: Jonathan Rea, Toprak Razgatlioglu dan Scott Redding.
Pemenang Perlumbaan 2. Dari kiri: Jonathan Rea, Toprak Razgatlioglu dan Scott Redding.

Persembahan para pelumba di sepanjang 21 lap perlumbaan sememangnya mengagumkan. Semangat dan kesungguhan yang ditontonkan memang mantap. Namun begitu, Toprak memiliki rentak dan konsistensi yang sangat hebat. Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team) cuba memberi saingan tetapi masih tidak mampu mengejar rentak serta catatan masa pelumba di depannya.

Alvaro Bautista '19' berjaya menewaskan rakan sepasukan, Leon Haslam untuk merebut tempat keenam.
Alvaro Bautista '19' berjaya menewaskan rakan sepasukan, Leon Haslam untuk merebut tempat keenam.

Dengan kelebihan empat saat di depan, Toprak peroleh kemenangannya cukup bergaya diikuti oleh Rea dan seorang lagi pelumba Yamaha iaitu Andrea Locatelli di tempat ketiga.

Dalam perlumbaan kedua pula, Toprak bermula di petak paling depan dan berjaya mendapatkan rentak untuk memimpin. Kesilapannya di selekoh membolehkan Rea mendekatkan diri dan bermulalah episod kejar mengejar di antara kedua-dua pelumba ini. Kumpulan depan ini kemudiannya cuba dikejar oleh Scott Redding dan Alex Lowes.

M. Van Der Mark '60' mengawal jenteranya dengan kemas untuk menjarakkan diri daripada para pelumba lain.
M. Van Der Mark '60' mengawal jenteranya dengan kemas untuk menjarakkan diri daripada para pelumba lain.
Andrea Locatelli '55' berjaya menewaskan Michael Ruben Rinaldi untuk meraih kedudukan podium.
Andrea Locatelli '55' berjaya menewaskan Michael Ruben Rinaldi untuk meraih kedudukan podium.
Andrea Locatelli '55' menahan kemaraan pencabar di belakangnya dengan tenang.
Andrea Locatelli '55' menahan kemaraan pencabar di belakangnya dengan tenang.

Toprak mendapat peluang pada lap ke-11 untuk memintas ketika berada di hairpin (selekoh 5) tetapi segera dibalas semula oleh Rea di selekoh chicane Imola. Walaupun cuba untuk kekal di depan, Rea akhirnya akur dengan kemantapan tunggangan Toprak di beberapa lap selepas itu untuk meraih kemenangan berharga.

Toprak Razgatlioglu di tangga teratas WSBK dengan 307 mata.
Toprak Razgatlioglu di tangga teratas WSBK dengan 307 mata.

Toprak kini semakin yakin di tangga teratas keseluruhan dengan 370 mata diikuti Jonathan Rea kedua (363 mata) dan Scott Redding ketiga dengan 298 mata. RR


 

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).