☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 Oktober 2021

Marc Marquez Tawan Litar Americas Buat Kali Ketujuh!

The King of COTA (Circuit of the Americas) adalah gelaran terbaru milik pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez selepas pamerkan dominasi cukup padu untuk menang di litar kegemarannya buat kali ketujuh. Dengan kawalan yang sempurna, Marc telah membuktikan keupayaannya menewaskan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) serta Francesco Bagnaia (Pecco) dari pasukan Ducati Lenovo Team yang tamat di tempat kedua dan ketiga.

Marc bermula dengan baik untuk mendapatkan holeshot dari kedudukan petak ketiga. Fabio juga bermula dengan baik untuk berada di hadapan Pecco. Tanpa diduga, Alex Rins kemudiannya berjaya mengerahkan kekuatan jentera Suzuki GSX-RR untuk menyertai kumpulan di hadapan. Pelumba pasukan LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami terbabas dalam Lap 2 ketika berada di posisi keenam, belakang Jorge Martin.

Fabio Quartararo gembira walaupun di tempat kedua kerana peluangnya untuk merangkul juara dunia semakin cerah.
Fabio Quartararo gembira walaupun di tempat kedua kerana peluangnya untuk merangkul juara dunia semakin cerah.
Permulaan yang cukup mendebarkan. Marc '93' berjaya melakukan holeshot untuk berada di depan.
Permulaan yang cukup mendebarkan. Marc '93' berjaya melakukan holeshot untuk berada di depan.

Marc mula menjarakkan diri sehingga satu saat di depan Fabio pada Lap 8 dan kemudiannya lebih daripada 2 saat. Pecco juga sudah dapat rentak untuk mengejar dan memintas para pelumba di depannya. Sasarannya ialah untuk berada sekurang-kurangnya di tangga ketiga podium atau lebih. Ini bermakna dia perlu mengejar Jorge dan Fabio!

Ketika saingan berbaki empat lap sahaja lagi, Jorge dilihat menghadapi masalah dan telah dikenakan Long Lap Penalty dan itu adalah peluang terbaik buat Pecco untuk mencuri posisi tempat ketiga.

Francesco Bagnaia menamatkan saingan di tempat ketiga.
Francesco Bagnaia menamatkan saingan di tempat ketiga.
Takaaki Nakagami kurang bernasib baik. Dia terbabas dalam lap-lap awal dan gagal untuk menyambung persaingan.
Takaaki Nakagami kurang bernasib baik. Dia terbabas dalam lap-lap awal dan gagal untuk menyambung persaingan.

Marc Marquez menamatkan saingan sebagai 'Captain America' dengan rekod yang cemerlang dan telah menghadiahkan kejayaan Podium Kelas Prima ke-450 buat pasukan Repsol Honda. Tempat kedua dimenangi oleh Fabio Quartararo diikuti Francesco Bagnaia dan Alex Rins yang juga mendapat keuntungan daripada penalti yang dikenakan kepada Jorge Martin.

Valentino Rossi sempat berwheelie sebagai tanda hormat buat para penyokong.
Valentino Rossi sempat berwheelie sebagai tanda hormat buat para penyokong.
Joan Mir
Joan Mir
Alex Rins tamatkan saingan di Litar Americas di tempat keempat.
Alex Rins tamatkan saingan di Litar Americas di tempat keempat.

Insiden yang berlaku di antara Jack Miller dan Joan Mir telah menyebabkan penyandang juara itu dikenakan penalti (tolak) satu kedudukan. Ini bermakna, walaupun Joan tamat di tempat ketujuh manakala Jack di tempat kelapan, posisi itu berubah selepas penalti dikenakan. Keputusan akhir, Jack Miller tempat ke-7 dan Joan Mir ke-8. RR

Keputusan Perlumbaan Pusingan 15 (Litar Americas)

  • Marquez         (Repsol Honda)
  • Fabio Quartararo      (Monster Energy Yamaha MotoGP)
  • Francesco Bagnaia         (Ducati Lenovo)
  • Alex Rins        (Suzuki Ecstar)
  • Jorge Martin (Pramac Racing)

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).