Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 20 Oktober 2021

MSBK Pusingan 1 (Litar Antarabangsa Sepang): Permulaan Kejuaraan Yang Sangat Positif

Tiga perlumbaan, tiga pemenang berbeza. Itulah cerita yang cukup menarik tentang saingan pembukaan tirai untuk Malaysia Superbike Championship 2021. Terdapat tiga perlumbaan yang dijalankan sepanjang dua hari penganjuran.

Kasma Daniel - Juara Perlumbaan 1
Kasma Daniel - Juara Perlumbaan 1

Perlumbaan pertama telah dimenangi oleh pelumba Yamaha Racing Team ASEAN, Kasma Daniel Kasmayuddin yang mempamerkan gaya tunggangan cukup mantap pada hari pertama saingan. Namun begitu, senario Perlumbaan 2 cukup berbeza kerana diuji dalam hujan yang memberi kesukaran buat para pelumba. Permulaan yang cemerlang oleh Zaqhwan Zaidi (Boon Siew Honda Racing Team) memberi kelebihan buat pelumba Honda ini untuk membuka jarak sejak dari awal.

Zaqhwan Zaidi cemerlang di litar basah untuk mengungguli saingan kedua kelas MSBK 1000.
Zaqhwan Zaidi cemerlang di litar basah untuk mengungguli saingan kedua kelas MSBK 1000.
Para pemenang MSBK 1000 'Race 2'. Dari kiri: Ramdan, Azlan Shah & Zaqhwan Zaidi.
Para pemenang MSBK 1000 'Race 2'. Dari kiri: Ramdan, Azlan Shah & Zaqhwan Zaidi.

Perebutan tempat ketiga di antara Azlan Shah Kamaruzaman dan Ahmad Daniel Haiqal tidak kurang hebat. Litar yang semakin kering memberi sedikit kelebihan buat para pelumba yang lebih percaya pada kemampuan jenteraya. Sayangnya, Daniel terbabas pada enam lap terakhir yang menyebabkannya gagal memungut sebarang mata. Di depan, Zaqhwan mengendalikan jentera CBR1000RRnya dengan cukup kemas untuk meraih kemenangan.

Azlan Shah mempamerkan tunggangan yang cemerlang pada pusingan pembukaan kali ini.
Azlan Shah mempamerkan tunggangan yang cemerlang pada pusingan pembukaan kali ini.
Ahmad Daniel '99' cuba mengatasi Azlan '25' dan Kasma.
Ahmad Daniel '99' cuba mengatasi Azlan '25' dan Kasma.

Perlumbaan akhir telah dimenangi oleh Azlan Shah Kamaruzaman yang mendominasi tanpa sebarang tekanan. Azlan mengendalikan jentera BMW S 1000 RR dengan cukup cemerlang untuk menerima kibaran bendera penamat 13 saat di hadapan pemenang tempat kedua yang juga rakan sepasukannya, Md Ramdan Rosli. Tempat ketiga dimenangi oleh Zaqhwan.

Kedudukan Kelas MSBK 1000 Pusingan 1

  • Azlan Shah Kamaruzaman 58 mata
  • Kasma Daniel Kasmayudin 45 mata
  • Md Zaqhwan Zaidi 41 mata
  • Md Ramdan Rosli 36 mata

MSBK 600

Tak menang tetapi memiliki jumlah mata yang banyak untuk berada di tangga tertinggi, Itulah kisah pelumba pasukan SIC, Md Syarifuddin Azman (Damok) yang kini memungut 56 mata, hanya dua mata di depan jaguh Boon Siew Honda Racing Team, Md Helmi Azman.

Mohd Helmi '32' memimpin Perlumbaan 2 dengan tunggangan yang bertenaga.
Mohd Helmi '32' memimpin Perlumbaan 2 dengan tunggangan yang bertenaga.

Saingan kali ini juga cukup hebat apabila kita dapat melihat aksi bekas pelumba Moto3 dan Moto2 negara, Khairul Idham Pawi (KIP) yang menunggang jentera Yamaha YZF-R6. KIP menang dalam Perlumbaan 1 diikuti oleh Damik dan Helmi.

Khairul Idham Pawi cemerlang di saingan hari pertama untuk memungut 25 mata penting.
Khairul Idham Pawi cemerlang di saingan hari pertama untuk memungut 25 mata penting.
Md Syarifuddin Azman.
Md Syarifuddin Azman.

Dalam saingan kedua MSBK 600, perlumbaan terpaksa diadakan sebanyak dua kali berikutan hujan yang turut di awal perlumbaan. Ternyata litar yang basah agak menyukarkan para pelumba untuk memberi cabaran kecuali dua pelumba paling depan iaitu Azroy Hakeem dan Ibrahim Norrodin.

Ketika berbaki tiga pusingan sahaja lagi, Azroy dan Ibrahim terbabas di Selekoh 3 (serentak) dan tidak dapat lagi untuk meneruskan cabaran. Kedua-dua pelumba itu selamat. Peluang yang terbuka di depan mata buat Helmi Azman untuk memimpin perlumbaan di tempat pertama.

Azroy '20' dan Ibrahim Norrodin saling cuba mengatasi antara satu lain.
Azroy '20' dan Ibrahim Norrodin saling cuba mengatasi antara satu lain.

Perlumbaan akhir lebih sengit! Perebutan tempat pertama di antara Ibrahim, Azroy, Damok dan Helmi memang sukar untuk ditentukan siapa lebih layak meraih juara kerana semuanya memiliki rentak yang hampir sama. Sama laju, sama pantas.

Dengan kawalan yang sempurna, Azroy berjaya menewaskan ketiga-tiga pelumba di belakangnya untuk membawa pulang 25 mata. Tempat kedua menjadi milik Ibrahim diikuti Damok dan Helmi Azman.

Kedudukan Kelas MSBK 600 Pusingan 1

  1. Md Syarifuddin Azman 56 mata
  2. Md Helmi Azman 54 mata
  3. Khairul Idham Pawi 51 mata
  4. Md Ikid Aziz 35 mata

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Kalau kita bercerita tentang jentera jalanan atau Streetbike kelas pertengahan yang betul-betul seimbang dari segi power, pengendalian dan feel tunggangan, Triumph Street Triple 765 adalah antara yang paling cemerlang.

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tandangani Kontrak 4 Tahun Bersama Aprilia

Sah...pelumba dari Itali dan juga bekas juara MotoGP dua kali, Francesco Bagnaia (Pecco) akan meninggalkan Ducati untuk meneruskan kariernya bersama pasukan Aprilia Racing bermula musim 2027 nanti.

Dari Litar

Penantian 10 tahun Malaysia, Hakim Danish Cipta Sejarah Baru

Hakim Danish Ramli melakar sejarah apabila meraih kemenangan sulungnya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 selepas muncul juara di GP  Republik Czech.