Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Julai 2021

Miguel Oliveira Menang, Fabio Masih Di Tangga Teratas

Pada perlumbaan di Mugello, pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo telah mendominasi saingan kelas prima dengan tunggangan yang cukup mengagumkan. Pelumba dari Perancis itu berjaya membuktikan keupayaan diri dan jentera Yamaha M1 menewaskan para pencabar yang mempunyai enjin lebih bertenaga.

Namun begitu, ketika perlumbaan akhir di Litar Catalunya, keadaan tidak seperti yang diharapkan apabila dia dikenakan penalti yang menyebabkan hilang podium.

Fabio Quartararo perlu matang jika ingin bergelar juara.
Fabio Quartararo perlu matang jika ingin bergelar juara.
Joan Mir terus berjuang mempertahankan kejuaraan.
Joan Mir terus berjuang mempertahankan kejuaraan.

Dalam saingan tersebut, tunggangan cemerlang yang dipamerkan oleh Miguel Oliveira dari pasukan KTM telah memberikannya kemenangan dan berjaya menebus kekalahannya di tangan Fabio sebelum ini.

Pelumba dari Portugal itu bermula dengan cukup baik untuk berada di belakang Fabio Quartararo dan Jack Miller yang berjaya melakukan holeshot. Fabio atau popular dengan gelaran El Diablo melakukan kesilapan di selekoh 7 yang menyebabkan dia kehilangan posisi, dipintas beberapa orang pelumba dan terus turun ke tempat kelima. Turut bermula dengan cemerlang ialah Joan Mir dari pasukan Suzuki Ecstar yang memecut dengan pantas dari kedudukan ke-10 untuk berada di kelompok hadapan seawal lap pertama.

Walaupun sudah beberapa kali gagal tamatkan saingan, Marc Marquez -93- tidak pernah patah semangat.
Walaupun sudah beberapa kali gagal tamatkan saingan, Marc Marquez -93- tidak pernah patah semangat.
Ada desas desus mengatakan ‘The Doctor’ akan bersara, kita tunggu keputusannya.
Ada desas desus mengatakan ‘The Doctor’ akan bersara, kita tunggu keputusannya.

Miguel berjaya mengenepikan saingan Miller pada lap kedua dan terus melarikan diri dengan kelebihan satu saat di depan. Quartararo tidak mengalah, dia mula memintas para pelumba di depannya dan dia berjaya merapatkan diri dengan Miguel. Kelompok depan turut dibarisi oleh Johann Zarco, Miller dan Mir.

Fabio berjaya memintas tetapi tidak mampu bertahan lama. Selepas di dapat posisi depan, Miguel terus memecut ke hadapan tanpa memberi sebarang peluang buat para pelumba lain meraih peluang untuk menang.

Maverick Vinales mengharapkan jenteranya terus konsisten dan bersaing tanpa sebarang masalah teknikal.
Maverick Vinales mengharapkan jenteranya terus konsisten dan bersaing tanpa sebarang masalah teknikal.

Lima lap sebelum tamat, Zarco merapatkan jarak dan mula memberi tekanan buat pelumba Fabio yang ketika itu berada di tempat kedua. Kekuatan jentera Zarco membolehkan dia memintas Fabio dan ketika inilah berlakunya situasi yang agak pelik. Sut perlumbaan Fabio kelihatan terbuka dan dengan jelas dia membuang pelindung dadanya.

Zarco gagal untuk mencari kemenangan di Catalunya dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua. Fabio pula dikenakan penalti tiga saat selepas menggunakan laluan ‘short cut’ di selekoh 1 dan 2 ketika cuba mencabar Zarco. Kemudiannya dia menerima satu lagi penalti berikutan masalah sut perlumbaan dan tindakannya membuang pelindung dada. Dari posisi ketiga, Fabio akhirnya berada di tempat keenam, di belakang teman sepasukannya Maverick Vinales.

Jack Miller dan Johann Zarco cuba atasi satu sama lain dalam perebutan tempat kedua.
Jack Miller dan Johann Zarco cuba atasi satu sama lain dalam perebutan tempat kedua.

Jack Miller gembira apabila berjaya sekali lagi ke podium manakala penyandang juara, Joan Mir tetap membawa pulang 13 mata selaku pemenang tempat keempat.

Kedudukan Keseluruhan Setakat Pusingan Ketujuh

  1. Fabio Quartararo 115 mata
  2. Johann Zarco 101 mata
  3. Jack Miller 90 mata
  4. Francesco Bagnaia 88 mata
  5. Joan Mir 78 mata
Hafizh -55- yakin prestasi jenteranya akan bertambah baik dari masa ke semasa.
Hafizh -55- yakin prestasi jenteranya akan bertambah baik dari masa ke semasa.

Moto2

Selepas memberikan prestasi yang cemerlang di Mugello, harapan Hafizh Syahrin dan pasukannya untuk terus memburu mata dalam saingan pusingan kelapan. Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila pelumba negara itu diuji dengan beberapa masalah teknikal.

Hafizh bermula di petak ke-20 dan cuba sedaya upaya untuk mengejar kelompok di depan. Hafizh mengendalikan situasi dengan baik tetapi apakan daya jenteranya menghadapi masalah panas lampau berikutan penggunaan fairing yang baru. Hafizh terpaksa akur dengan keputusan kali ini iaitu di posisi ke-20.

“Jentera telah hilang kuasa kerana enjin terlalu panas. Kami perlu lebih masa untuk menguji komponen dan bahan baru untuk membangunkan bahagian fairing. Krew dan saya yakin kami akan dapat memperbaikinya dan mendapatkan talaan yang tepat di Jerman,” kata Hafizh.

Moto3

Ketika perlumbaan di Mugello, dunia dikejutkan dengan kehilangan pelumba Moto3 yang cukup berbakat iaitu Jason Dupasquier yang telah menghembuskan nafas terakhir akibat kecederaan yang dialami dalam insiden di sesi kelayakan.

Pelumba dari Switzerland itu telah terlibat dalam kemalangan bersama pelumba lain di antara selekoh 9 dan 10. Pegawai perubatan FIM kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan dan Jason terus dikejarkan ke hospital Cereggi, Florence, Italy menaiki helikopter untuk menerima rawatan lebih lanjut. Selepas kejadian tersebut, pasukannya, Prustel GP telah menarik diri dari perlumbaan.

Dalam saingan pusingan ketujuh, kemenangan tempat pertama dan kedua menjadi milik pelumba tuan rumah iaitu Sergio Garcia dan Jeremy Alcoba manakala tempat ketiga dimenangi oleh pelumba dari Turki iaitu Deni Oncu.

Saingan kali ini lebih bermakna buat para pelumba dan seluruh peminat MotoGP kerana kita dapat melihat kembali kehadiran penonton yang dianggarkan sekitar 20,000 orang. Sudah tentu kita juga mengharapkan agar wabak Covid-19 dapat dikawal agar MotoGP dapat dianjurkan di Malaysia semula. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Model Baru

MODA Sporter S SKII Tampil Dengan Beberapa Ciri Pembaharuan

MODA Sporter S SKII dilancarkan dengan pelbagai ciri pembaharuan.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.