☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Julai 2021

Syariffudin Azman Juara Catalunya!

Sudah lama Jalur Gemilang dan lagu Negaraku tidak berkumandang di pentas dunia sukan permotoran. Kali ini perasaan penuh bangga hadir semula dengan kejayaan pelumba negara iaitu Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok yang meraih kemenangan di saingan CEV Moto3 Junior World Championship.

Damok benar-benar bangga dengan kejayaannya.
Damok benar-benar bangga dengan kejayaannya.

Pelumba negara berusia 19 tahun itu bermula di petak ke-10 telah mempamerkan tunggangan yang matang dan bertenaga untuk memberi cabaran bersama kelompok hadapan. Sememangnya cabaran ini cukup sengit memandang kuasa jentera dan keupayaan para pelumba hampir setanding. Ketika saingan berbaki tiga lap sahaja lagi, kelompok hadapan yang disertai oleh tujuh pelumba terus sengit dan kesemuanya berpotensi meraih juara.

Syarul Ezwan pamerkan tunggangan yang semakin matang.
Syarul Ezwan pamerkan tunggangan yang semakin matang.

Dalam lap terakhir, Damok berjaya mencelah untuk berada di tempat ketiga tetapi diberi tentangan hebat oleh Daniel Munoz yang kemudiannya bersentuhan dengan pelumba Indonesia, Mario Surya Aji yang menyebabkan kedua-dua melebar. Berkat kesabaran dan semangat juang yang tinggi akhirnya berbaloi apabila Damok mendapat ruang untuk memecut dan menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama dengan catatan masa 29:32.553s.

Adam Norrodin raikan harijadinya dengan kejayaan di tempat keempat.
Adam Norrodin raikan harijadinya dengan kejayaan di tempat keempat.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini dan telah bekerja keras sejak di sesi latihan bebas lagi. Sayangnya saya terjatuh dalam perlumbaan kedua kerana ada pelumba telah melanggar saya. Terima kasih buat pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu ini. Terima kasih juga buat pengurus pasukan, Zulfahmi dan Datuk Razlan yang hadir. Piala kemenangan ini untuk Malaysia!,” kata Damok kini berada di tangga keenam keseluruhan dengan kutipan 30 mata.

Rakan sepasukan Adam Norrodin, Lucas Tulovic -3- tamatkan saingan akhir di Catalunya di tempat ketiga.
Rakan sepasukan Adam Norrodin, Lucas Tulovic -3- tamatkan saingan akhir di Catalunya di tempat ketiga.

Tempat kedua dimenangi oleh dua pelumba tuan rumah iaitu David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz.

Dalam saingan Moto2 pula, Adam Norrodin yang cemerlang dalam dua perlumbaan sebelum ini hampir-hampir meraih podium dalam kedua-dua perlumbaan. Apa yang sedikit mengecewakan dirinya dan pasukan ialah insiden di Perlumbaan 1 ketika perlumbaan berbaki lima lap sahaja lagi. Adam yang ketika itu sedang berada di tempat keempat terbabas di selekoh lima dan terpaksa akur dengan situasi itu.

Dari kiri: Alonso Lopez, Fermin Aldeguer dan Lucas Tulovis meraih kedudukan yang sama dalam Perlumbaan 1 & 2.
Dari kiri: Alonso Lopez, Fermin Aldeguer dan Lucas Tulovis meraih kedudukan yang sama dalam Perlumbaan 1 & 2.

Apapun, dia mengumpul semula semangat untuk kembali bersaing dalam Perlumbaan 2. Bermula di petak kelima memberinya peluang untuk berada di hadapan. Pecutannya lebih laju dan mengawal pergerakan dengan baik. Dalam lima lap terakhir, Adam bertarung cukup sengit dengan pelumba Andorra, Xavi Cardelus Garcia yang bertahan di posisi keempat sedaya upayanya. Adam terpaksa menunggu ke saat akhir untuk membuat pintasan dan tamat di tempat keempat.

Kedudukan Keseluruhan (Sehingga Pusingan 3)

  1. Fermin Aldeguer 125 mata
  2. Alonso Lopez 100 mata
  3. Lukas Tulovicm 61 mata
  4. Adam Norrodin 58 mata
  5. Xavier Cardelus 43 mata

Kita doakan agar para pelumba negara akan terus memberi saingan seterusnya berdiri megah di podium. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.