☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 November 2021

Zaqhwan Zaidi Juara Malaysia Superbike Championship 2021

Pelumba dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team, Mohd Zaqhwan Zaidi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan kelas perdana (1000cc) kejuaraan Malaysia Superbike Championship 2021 di litar Antarabangsa Sepang.

Zaqhwan yang menunggang jentera Honda CBR1000 RR-R serba baru itu berjaya meraih kemenangan hatrik dalam perlumbaan 1, 2 dan 3 di pusingan kedua. Pelumba berusia 26 tahun tersebut menerima hadiah trofi Helmet RK Shogun apabila bergelar juara dengan kutipan mata keseluruhan 116 mata.

“Saya sangat teruja dan gembira dengan keputusan yang dapat dicapai pada minggu ini. Akhirnya saya berpeluang untuk merasai jentera terbaru,” kata Md Zaqhwan Zaidi.

Md Zaqhwan Zaidi -21- & Kasma Daniel.
Md Zaqhwan Zaidi -21- & Kasma Daniel.

Jentera Honda CBR1000 RR-R baru yang ditunggang oleh Zaqhwan itu sepatutnya digunakan oleh beliau dalam Kejuaraan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC). Oleh kerana saingan tersebut dibatalkan akibat Covid-19, ini merupakan kali pertama beliau beraksi bersama jentera tersebut.

“Kami telah memperoleh masa terbaik bersama jentera pada hujung minggu ini. Tahniah buat pasukan kerana telah berkerja keras untuk menyediakan jentera yang baik dalam masa singkat. Saya tidak sabar untuk berlumba di ARRC pada tahun hadapan bersama jentera ini,” tambah Zaqhwan yang menamatkan perlumbaan 3 di pusingan 2 dengan catatan masa terpantas 21'27.869s, 4.2 saat di hadapan pelumba lain.

Azlan Shah Kamaruzaman, pelumba dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team berada di tangga kedua keseluruhan selepas catat keputusan terbaik untuk menduduki tempat kedua di perlumbaan 3 dalam pusingan kedua sekali gus mengumpul sebanyak 110 mata keseluruhan. Kasma Daniel dari pasukan Yamaha Racing Team ASEAN terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga keseluruhan dengan 101 mata.

Md Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok.
Md Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok.

MSBK 600

Dalam kelas MSBK 600, pelumba Pasukan SIC Racing, Ibrahim Norrodin berjaya mendapat kemenangan hatrik di pusingan kedua. Namum, gelaran juara keseluruhan menjadi milik rakan pasukannya iaitu Md Syarifuddin Azman atau Damok selepas berjaya mengumpul sebanyak 105 mata. Damok menamatkan saingan di podium dengan lima daripada enam perlumbaan. Untuk perlumbaan terakhir beliau melepasi garisan penamat di tempat keempat.

Mohd Izam Ikmal, MSBK 250.
Mohd Izam Ikmal, MSBK 250.

MSBK 250

Gelaran juara MSBK 250 menjadi milik pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing, Mohd Izam Ikmal. Selepas cemerlang dalam pusingan 1, untuk saingan di pusingan 2 beliau menduduki tempat keempat dalam perlumbaan 1, manakala perlumbaan 2 dan 3 di tempat kedua. Ia cukup memadai untuk digelar juara keseluruhan dengan kelebihan 6 mata di hadapan Mohd Danial Syahmi. RR

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 3 (PUS. 2) MSBK 1000 A

  1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 21’27.869s
  2. Azlan Shah Kamaruzaman (BMW, ONEXOX TKKR Racing Team), 21’32.126s
  3. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, Yamaha Racing Team ASEAN), 21’32.315s

KEDUDUKAN KESELURUHAN MSBK 1000 A

  1. Mohd Zaqhwan Zaidi (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 116 mata
  2. Azlan Shah Kamaruzaman (BMW, ONEXOX TKKR Racing Team), 110 mata
  3. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha, Yamaha Racing Team ASEAN), 101 mata

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 3 (PUS. 2) MSBK 600

  1. Mohd Ibrahim Norrodin (Yamaha, SIC Racing), 21’56.275s
  2. Mohd Adam Norrodin (Kawasaki, SIC Racing), 21’57.478s
  3. Mohd Helmi Azman (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 21’57.750s

KEDUDUKAN KESELURUHAN MSBK 600

  1. Mohd Syarifuddin Azman (Kawasaki, SIC Racing), 105 mata
  2. Mohd Ibrahim Norrodin (Yamaha, SIC Racing), 95 mata
  3. Mohd Helmi Azman (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 89 mata

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 3 (PUS. 2) MSBK 250 A

  1. Mohd Hakim Danish Ramli (Kawasaki, SIC Racing), 20’05.564s
  2. Mohd Izam Ikmal (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 20’05.565s
  3. Mohd Danial Syahmi (Kawasaki, SIC Racing), 20’05.730s

KEDUDUKAN KESELURUHAN MSBK 250 A

  1. Mohd Izam Ikmal (Honda, Boon Siew Honda Racing Team), 128 mata
  2. Mohd Danial Syahmi (Kawasaki, SIC Racing), 122 mata
  3. Mohd Hakim Danish (Kawasaki, SIC Racing), 89 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.