☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 November 2021

MotoGP: Semua Pasukan Sibuk Dengan Persiapan 2022

Sesi ujian rasmi Official 2022 MotoGP Jerez Test yang diadakan selama dua hari telah selesai. Pelbagai pembaharuan sedang dicuba, diuji dan dibangunkan oleh setiap pasukan agar pencapaian jentera untuk tahun 2022 lebih baik berbanding musim ini.

Francesco Bagnaia berazam untuk menjuarai saingan MotoGP musim depan.
Francesco Bagnaia berazam untuk menjuarai saingan MotoGP musim depan.

Francesco Bagnaia (Pecco) mendahului para pelumba lain dari segi catatan masa dengan 1:36.872s, menewaskan pelumba LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami di tempat kedua manakala Juara MotoGP 2021, Fabio Quartararo di tempat ketiga.

Apa pun, catatan masa bukanlah perkara paling penting buat masa ini......

Jack Miller.
Jack Miller.

Pecco menunggang jentera prototaip 2022 yang didatangkan dengan enjin, fairing hadapan, ruang kemasukan udara serba baru dan banyak lagi. Walaupun berjaya memecahkan rekod Maverick Vinales sejauh 0.3s, pasukan Ducati belum memutuskan spesifikasi sebenar jentera mereka sehinggalah pada sesi ujian seterusnya di Litar Mandalika pada Februari 2022 nanti.

Johann Zarco mungkin antara pelumba paling sibuk sepanjang dua hari tersebut. Pelumba dari Perancis itu menyempurnakan 78 lap pada Hari Pertama diikuti 65 lap lagi pada sesi kedua. Zarco selesaikan kedua-dua sesi di tempat keempat terpantas.

Bezzecchi  bersemangat dengan pasukan baru - VR46 Racing Team
Bezzecchi bersemangat dengan pasukan baru - VR46 Racing Team

Bab terbaru buat VR46 bermula sudah! Luca Marini (VR46 Racing Team) menunggang jentera Ducati Desmosedici 2022 dan berada di posisi ke-14 selepas 56 lap. Rakan sepasukannya, Marco Bezzecchi juga memberikan maklum balas positif selepas menghabiskan kedua-dua sesi dengan 115 lap.

Pasukan Honda memiliki barisan jentera yang mengagumkan dan satu-satunya pengeluar pada sesi tersebut yang mengeluarkan unit-unit serba serbi baru. Ini termasuklah enjin, casis, sistem aerodinamik, ruang kemasukan udara, posisi ekzos....semua dah tukar! HRC nampaknya bekerja keras tanpa henti untuk menempatkan RC213V terbaik di grid dan setakat ini nampaknya mereka sangat serius.

Pol Espargaro berpuas hati dengan tahap cengkaman jenteranya.
Pol Espargaro berpuas hati dengan tahap cengkaman jenteranya.
Takaaki Nakagami, pelumba kedua terpantas di sesi ujian rasmi Jerez.
Takaaki Nakagami, pelumba kedua terpantas di sesi ujian rasmi Jerez.

Tiga pelumba Honda merentap setiap selekoh di litar kecuali Marc Marquez yang masih belum dapat menguji lagi. Pol Espargaro semakin selesa dengan tahap cengkaman manakala Nakagami memiliki cukup kepantasan untuk berada di tempat kedua. Catatan masa Alex Marquez juga bertambah baik pada Hari Kedua selepas menggunakan pakej aero baru.

Jentera-jentera Monster Energy Yamaha MotoGP keluar dari paddock dengan casis dan fairing serba baru. Fabio menyatakan dia masih tidak dapat mencari keserasian – catatan masa masih sama seperti jentera tahun ini. Fabio mahu enjin lebih bertenaga, kurang wheelie dan lebih cengkaman.

Franco Morbidelli mencuba fairing baru.
Franco Morbidelli mencuba fairing baru.
Prestasi jentera masih tidak banyak berubah berbanding yang sebelum ini - Fabio Quartararo.
Prestasi jentera masih tidak banyak berubah berbanding yang sebelum ini - Fabio Quartararo.
Darryn Binder dari pasukan WithU RNF Yamaha MotoGP.
Darryn Binder dari pasukan WithU RNF Yamaha MotoGP.

Franco Morbidelli turut menggunakan fairing baru tetapi dengan 'sayap' yang berbeza – nampak lebih sepadan dengan bentuk fairing sisi yang direka untuk memantapkan sistem pengaliran udara ke bahagian enjin.

Andrea Dovizioso (WithU RNF Yamaha MotoGP turut menunggang model baru 2022 tetapi tidak sama seperti yang digunakan oleh pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP. Andrea katakan jentera baru miliknya itu mempunyai prestasi yang lebih positif dari segi sistem brek dan kuasa hantaran.

Dikatakan pasukan Suzuki Ecstar telah memutuskan pemilihan enjin mereka walaupun Joan Mir tidak memberi keterangan yang panjang lebar. Juara 2020 itu kini memberi tumpuan pada sistem elektronik dan perlu bekerja lebih keras pada bahagian casis.

Joan Mir terus fokus pada pembangunan sistem elektronik jenteranya.
Joan Mir terus fokus pada pembangunan sistem elektronik jenteranya.

Alex Rins dilihat menunggang jentera dengan fairing dan lengan ayun serba baru (Hari Kedua) dan berjaya memberikan rentak yang lebih baik. Selepas menamatkan kedua-dua sesi, Mir berada di tempat keenam.

Alex RIns.
Alex RIns.
Aleix Espargaro dengan jentera baru 2022.
Aleix Espargaro dengan jentera baru 2022.

Maverick Vinales (Aprilia Racing Team) menjadi pelumba terpantas dalam pasukannya – kelapan terpantas secara keseluruhannya. Jenteranya dilengkapkan dengan penutup tangki baru dan Maverick kini sedang mengubah posisi menunggangnya agar lebih sesuai dengan corak pergerakan jenteranya.

Aleix Espargaro melengkapkan sesi ujian dengan pelbagai ujian dan sistem aero yang berbeza. Pakej keseluruhan untuk pasukan ini akan ditentukan selepas Mandalika Test nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.