☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Januari 2022

Pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing 2022 Diperkenalkan

Teater Filharmonik di Verona telah dipilih untuk memperkenalkan pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing yang hadir dengan rekacorak liveri baru Yamaha YZR-M1 untuk saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 dan MotoE. Pasukan WithU RNF komited dalam kedua-dua kategori dalam saingan musim ini.

Darry Binder 'kiri' dan Andrea Dovizioso 'atas motor'.
Darry Binder 'kiri' dan Andrea Dovizioso 'atas motor'.

Majlis pelancaran pasukan ini disempurnakan oleh Matteo Ballarin, Presiden Jenama WithU bagi Kumpulan Tenaga Eropah yang disaksikan oleh para penonton maya di saluran media sosial. Turut hadir di pentas Teater Filharmonik Verona ialah Pengasas dan Pengetua Pasukan RNF MotoGP Razlan Razali, Pengurus Pasukan Wilco Zeelenberg, bersama para pelumba MotoGP Andrea Dovizioso dan Darry Binder.

“Saya benar-benar bersedia untuk musim ini dengan membuat latihan di gim serta menunggang jentera motocross. Saya telah pun mengeluarkan plat besi daripada tulang selangka awal Disember lalu. ,” Andrea Dovizioso.

“Saya sangat gembira untuk memulakan musim penuh ini selepas hanya sempat bersaingan sebanyak lima pusingan sahaja pada tahun lepas. Adalah sangat penting untuk bermula awal dengan jentera Yamaha kerana ia sangat berbeza dengan apa yang saya tunggangi lapan musim lalu. Saya yakin ini akan banyak membantu saya untuk perlumbaan pada 2022 dengan cara yang lebih baik,” tambahnya.

“Warna jentera baru saya sangat cantik! Apabila melihat rekabentuk dan situasi pada musim ini, ia membuatkan saya begitu teruja untuk beraksi dengan liveri baru. Saya tidak sabar lagi dan pasti ia akan menjadi sangat hebat memandangkan ia adalah musim pertama saya dalam MotoGP!” Darryn Binder.

Menurut Datuk Razlan Razali, sasaran kedua-dua pelumba pasukan adalah untuk lebih kompetitif dan pencapaian yang cemerlang. Kami akan cuba untuk menjadi salah satu pasukan satelit dan berjuang bagi takhta Rookie of the Year. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.