Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 31 Januari 2022

Peraturan & Regulasi Teknikal Kejuaraan WorldSSP 2022 dan 'Generasi' Baru Diumumkan

Semua jangkaan dan teka-teki ketika kehadiran musim baru Kejuaraan Dunia Supersport FIM 2022 berterusan apabila regulasi untuk jentera perlumbaan 'Generasi Seterusnya' telah pun didedahkan. Saingan WorldSSP tahun ini akan menyaksikan kembalinya jentera Ducati dan Triumph manakala pasukan Kawasaki serta MV Agusta pula bakal menurunkan motosikal serba baru yang lebih kompetitif.

Tajuk utama tentulah kemunculan semula Ducati dalam saingan ini menggunakan Ducati Panigale V2 955 dan setakat ini, mereka telah bersedia mempunyai enam pasukan dan tujuh orang pelumba. Nicolo Bulega adalah orang pertama yang menyertai ketika skuad Aruba.it Racing berpindah ke WorldSSP, manakala Pasukan Barni Racing turut menyahut cabaran dengan pelumba baru dari Australia yang dinanti-nantikan, Oli Bayliss dan ramai lagi.

Selepas itu, Triumph turut melengkapkan senarai peserta menerusi skuad PTR yang terkenal. Pasukan ini dikendalikan oleh Simon Buckmaster manakala pelumba mereka iaitu Hannes Soomer yang berasal Estonia akan memacu jentera Triumph Street Triple 765. Peluma muda tersebut akan digandingkan dengan danbekas bintang Moto2, Stefano Manzi.

Jenama motosikal lain yang baru dihomologasikan untuk kategori ini ialah MV Agusta F3 800, MV Agusta F3 Superveloce dan Suzuki GSX-R750.

Kesemua Had Putaran bagi setiap jentera yang bakal berluma akan disahkan selepas ujian imbangan (Balance Test) selesai. Jentera-jentera tersebut juga akan menjalani proses pemantauan rapi prestasi ketika berada di litar.

MENCARI KESEIMBANGAN: Bagaimana kekalkan kuasa setiap jentera agar dalam paras yang sama?

Untuk mengawal agar tidak ada jenama atau jentera yang mempunyai kelebihan kuasa yang jelas berbanding lawan, pelbagai faktor akan dipertimbangkan oleh pihak Dorna WorldSBK Organization (DWO).

Ini akan mengambil kira pelbagai aspek seperti perbezaan masa untuk satu lap (berbanding jentera lain), perangkap kelajuan, keputusan perlumbaan dan lain-lain. Peraturan ini boleh ditukar di setiap tiga pusingan jika perlu agar dapat menyamakan prestasi setiap pasukan. Data-data lain akan dikumpul dan diperiksa dalam enam pusingan sebelum itu.

Kaedah untuk menyamakan atau mengimbangi jentera-jentera lumba ini adalah menerusi MENINGKATKAN atau MENGURANGKAN peratusan kuasa enjin dengan FIM dan DWO berhak untuk mengemas kini (mengikut budi bicara) sekiranya berlakunya ketidakseimbangan.

HAD TERBARU ENJIN 2022:

Untuk jentera WorldSSP Next Generation, tidak dibenarkan melakukan sebarang pengubahsuaian melainkan ia telah dinyata atau terdapat dalam 'Eligible Parts for Competition List'

Bagi jentera 400cc hingga 600cc: akan menggunakansatu enjin untuk setiap 2.5 pusingan manakaka jentera 601cc hingga 799cc dengan satu enjin untuk 3 pusingan dan bagi jentera 800cc dan ke atas, mempunyai 1 enjin untuk 3.5 pusingan.

Enjin mungkin akan dipilih dan disita untuk tujuan Dyno (semasa pusingan penganjuran, di antara pusingan penganjuran atau selepas musim). Ujian ini adalah untuk mendapat kelulusan dan perbanding. Selain kakitangan FIM dan DWO, hanya seorang wakil dari setiap pasukan dibenarkan hadir ke ujian tersebut.

Berat: Had berat gabungan akan digunakan dalam saingan WorldSSP. Berat minimum untuk gabungan (jentera + pelumba) ialah 242kg.

Kaedah ini sama dengan WorldSPP 300. Terdapat Had Berat Maksimum (soft) dan Had Berat Maksimum (hard). Jika jentera dari mana-mana pasukan telah mencapai atau melebihi Had Berat Maksimum (soft) maka proses 'Berat Minimum Gabungan' tidak perlu lagi dilakukan. RR

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Hakim Danish Ramli mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Moto3 apabila mengharungi cabaran Pusingan 11 GP Jerman.

Warta Roda

Ibu Pejabat Jualan Boon Siew Honda Kini di Kota Damansara

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini secara rasmi mengumumkan pembukaan Ibu Pejabat Jualan barunya di Kota Damansara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Bagi penunggang yang mahukan sebuah naked bike berprestasi tinggi dengan elektronik lengkap dan pengendalian yang menyeronokkan, KTM 790 Duke baru ini mungkin antara pilihan terbaik. Tepuk dada tanya selera!

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.