☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Februari 2022

Ana Carrasco Kembali ke Moto3 selepas 5 tahun di WSBK.

Selepas lima tahun yang cukup cemerlang bersama Kawasaki, Ana Carrasco kini sah meninggalkan pasukan 'hijau' di WorldSBK untuk kembali menikmati persekitaran serba baru di persaingan Moto3 musim ini.

Selama bergelar pelumba, Ana bukan sahaja berjaya mengharumkan nama dan pasukannya tetapi pelumba yang berusia hampir 25 tahun ini juga menjadi contoh teladan untuk golongan wanita di seluruh dunia.

Ana pernah bersaing dalam Moto3 dari tahun 2013 hingga 2015 sebelum berhijrah ke siri WSSP300 pada tahun 2017. Pada saingan WorldSSP300 2018, Ana telah meraih kejayaan mutlak selepas berjaya merangkul Juara WSSP300.

Kejayaan tersebut dinikmatinya selepas melakukan tujuh kemenangan, lebih sedozen kedudukan podium, 12 kali mencatatkan 'Fastest Lap' di sesi kelayakan dan tiga kali di Pole Positon. Ini membuatkan nama 'Ana' terkenal sebagai salah seorang pelumba yang benar-benar kompetitif dan bekerja keras.

Tahun ini Ana akan bersama pasukan BOE SKX yang turut akan disertai oleh pelumba rookie, David Munoz. “Jujurnya saya amat gembira dengan peluang ini, selepas lima tahun di saingan WorldSSP300 dengan kejayaan bergelar juara keseluruhan. Bagi saya, kejayaan ini datangnya dari hasil kerja keras selama ini.” RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.