☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Mac 2022

Miguel Oliveira, Rai Kemenangan Sulung Di Litar Mandalika

Walaupun diuji dengan hujan yang lebat dan litar yang licin, ia tidak melemahkan semangat juang pelumba dari Portugal, Miguel Oliveira untuk mempersembahan tunggangan yang cukup mengagumkan bagi memenangi perlumbaan MotoGP pusingan kedua yang berlangsung di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, Indonesia semalam.

Permulaan saingan yang cukup mendebarkan.
Permulaan saingan yang cukup mendebarkan.

Saingan akhir terpaksa ditangguh lebih kurang sejam berikutan masalah cuaca manakala jumlah lap turut dipendekkan daripada 26 lap kepada 20 lap. Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang bermula di petak pertama melakukan holeshot untuk memimpin perlumbaan. Di belakang, Oliveira memecut dengan cukup pantas, memintas para pelumba lain untuk berada di posisi kedua diikuti oleh Jack Miller di tempat ketiga.

Turut mendapat rentak yang baik ialah pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Johann Zarco tetapi kedua-dua pelumba ini masih agak jauh berbanding kelompok hadapan. Dalam Lap 2, Oliveira dan Miller menyerang untuk mengenepikan Fabio. Berada di tempat ketiga, Fabio diberi tekanan pula oleh Rins dan Zarco yang semakin mantap mengawal pergerakan jentera masing-masing.

Rins '42' cuba menahan kemaraan Zarco, Fabio & Mir.
Rins '42' cuba menahan kemaraan Zarco, Fabio & Mir.
Joan Mir.
Joan Mir.

Oliveira berjaya memintas Miller pada Lap 6 untuk berada di tempat pertama. Beberapa pelumba seperti Francesco Bagnaia, Pol Espargaro, Enea Bastianini dan Andrea Dovizioso kelihatan agak terganggu dengan masalah cengkaman. Jorge Martin satu-satunya pelumba yang terbabas dan tidak dapat meneruskan saingan.

Oliveira sudah membuka jarak meninggalkan para pelumba lain. Miller di tempat kedua diikuti Rins, Zarco dan Fabio dengan perlumbaan tinggal hanya 12 lap sahaja lagi. Zarco mencatatkan masa terpantas untuk mengejar dan memintas dua pelumba di depannya. Turut sama mencatatkan rentak yang sama ialah Fabio yang semakin laju ke hadapan.

Dari kiri: Fabio Quartararo, Miguel Oliveira & Johann Zarco meraikan kemenangan masing-masing.
Dari kiri: Fabio Quartararo, Miguel Oliveira & Johann Zarco meraikan kemenangan masing-masing.
Marc Marquez mengalami kemalangan agak serius ketika di sesi ujian masa.
Marc Marquez mengalami kemalangan agak serius ketika di sesi ujian masa.
Memang 'padu'!
Memang 'padu'!

Dengan penuh emosi dan bangga, Oliveira melintasi garisan penamat di tempat pertama diikuti juara bertahan, Fabio yang berjaya menewaskan Zarco di tempat ketiga. Tempat keempat dimenangi oleh Jack Miller manakala duo pasukan Suzuki iaitu Alex Rins serta Joan Mir masing-masing di posisi kelima dan keenam. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.