☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 Mei 2022

Suzuki Berhasrat Tinggalkan MotoGP Di Penghujung Musim

Suzuki Motor Corporation akhirnya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang berbincang dengan Dorna berhubung kemungkinan menamatkan penyertaannya dalam MotoGP pada penghujung 2022.

Malangnya, keadaan ekonomi semasa dan keperluan untuk menumpukan usaha kepada perubahan besar yang dihadapi oleh dunia Automotif pada tahun-tahun ini, memaksa Suzuki mengalihkan kos dan sumber manusia untuk membangunkan teknologi baharu.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan Suzuki Ecstar, semua pihak yang telah menyokong aktiviti perlumbaan motosikal Suzuki selama bertahun-tahun dan juga buat para peminat Suzuki yang memberikan sokongan penuh semangat kepada kami - Suzuki Motor Corporation.

Ini bermakna Juara MotoGP 2020, Joan Mir akan diserap masuk ke pasukan baru pada tahun 2023. Desas desus mengatakan Joan Mir akan bergandingan dengan Marc Marquez dalam pasukan Repsol Honda, menggantikan Pol Espargaro. Alex Rins pula dikatakan akan berpindah ke pasukan utama Yamaha atau Aprilia. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.