☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Mei 2022

Francesco Bagnaia Unggul di Mugello Untuk Kembali Ke Puncak!

Pecco kembali ke puncak! Pertembungan dua pelumba bernombor 63 dan 20 (Fabio Quartararo) yang dinanti-nantikan selama ini telah disaksikan oleh ribuan penonton yang membanjiri litar Mugello pada Ahad, 29 Mei 2022. Ia adalah satu kejayaan cukup berharga buat Francesco Bagnaia selepas mengalami kemalangan pada perlumbaan di Perancis sebelum ini.

Pecco cukup berpuas hati dengan prestasi jenteranya kali ini.
Pecco cukup berpuas hati dengan prestasi jenteranya kali ini.

Kemenangan Pecco bukan mudah. Dia terpaksa menahan serangan dan tekanan tanpa henti daripada Quartararo yang tidak putus asa hampir di sepanjang perlumbaan. Fabio Di Giannantonio membuat kejutan di pusingan kelayakan dengan mencatatkan masa terbaik untuk bermula di petak pertama. Petak kedua diisi oleh pelumba rookie, Marco Bezzecchi diikuti Luca Marini di petak ketiga.

Podium ketiga berturut-turut buat Aleix Espargaro.
Podium ketiga berturut-turut buat Aleix Espargaro.
Fabio Quartararo '20' memintas Luca Marini untuk menang tempat kedua.
Fabio Quartararo '20' memintas Luca Marini untuk menang tempat kedua.
Joan Mir '36' kecewa selepas tidak dapat mengendalikan jenteranya seperti yang diharapkan.
Joan Mir '36' kecewa selepas tidak dapat mengendalikan jenteranya seperti yang diharapkan.

Marini bermula dengan baik tetapi segera dicabar oleh Di Giannantonio dan Bezzecchi yang kemudiannya berjaya untuk mengubah posisi di hadapan. Tidak lama kemudian, Quartararo muncul dalam kelompok utama dan mula memberi tekanan. Selepas memintas Marini, Quartararo memberi tumpuan untuk menewaskan Bezzecchi tanpa menyedari Pecco sudah berada hampir di belakang.

Seperti yang dilakukannya sebelum ini, Pecco mengambil peluang kekuatan jenteranya untuk memintas seorang demi seorang sehinggalah berjaya mengatasi Bezzecchi pada Lap 18. Bezzecchi cuba untuk memberi saingan tetapi Pecco bukan mudah untuk kalah. Quartararo memintas Marini tidak lama kemudian dan berjaya membuktikan kepantasan jentera Yamaha YZR M1nya.

Fabio Di Giannantonio membuat kejutan di sesi kelayakan sebagai pelumba paling pantas.
Fabio Di Giannantonio membuat kejutan di sesi kelayakan sebagai pelumba paling pantas.

Di depan, Pecco mengendalikan jenteranya dengan sempurna untuk menerima kibaran bendera penamat dengan 25 mata. Quartararo di tempat kedua manakala Aleix Espargaro sekali lagi menjulang nama pasukannya untuk berdiri megah di tempat ketiga. Tempat keempat menjadi milik Johann Zarco yang berjaya memintas Bezzecchi di saat-saat akhir.

Insiden di antara Alex Rins dan Nakagami menyebabkan pelumba Suzuki ini gagal tamatkan perlumnbaan.
Insiden di antara Alex Rins dan Nakagami menyebabkan pelumba Suzuki ini gagal tamatkan perlumnbaan.
Takaaki Nakagami.
Takaaki Nakagami.

Marc Marquez tamat di tempat ke-10 manakala duo pasukan Suzuki, Alex Rins dan Joan Mir gagal menamatkan saingan dalam perlumbaan kali ini. Dalam carta keseluruhan, Fabio Quartararo kekal di tangga teratas dengan 122 mata, lapan mata di depan Aleix Espargaro di tangga kedua. Enea Bastianini di tangga ketiga dengan 94 mata manakala juara Litar Mugello, Pecco keempat dengan 81 mata. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.