☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Jun 2022

Giliran Pecco Cium Piala! Fabio Jatuh Dua Kali!

Game on! Saingan MotoGP kembali sengit. Selepas kecewa pada saingan sebelum ini, Francesco Bagnaia (Pecco) turun ke Litar Assen dengan lebih cemerlang untuk menempah petak paling hadapan. Petak kedua menjadi milik Fabio Quartararo manakala Jorge Martin di petak ketiga.

Pecco melintasi garisan penamat sebagai juara, Bezzecchi di tempat kedua.
Pecco melintasi garisan penamat sebagai juara, Bezzecchi di tempat kedua.

Pecco meluru pantas diekori rapat oleh Quartararo manakala Aleix Espargaro berjaya memintas Martin untuk merebut tempat ketiga. Aleix Espargaro kemudiannya mengatasi Quartararo dan apabila cuba ditentang semula, Quartararo tersilap langkah, terbabas, motosikalnya terseret dan turut melanggar Espargaro. Kedua-dua pelumba tersebut dapat menyambung semula perlumbaan tetapi semakin ketinggalan. Beberapa lap kemudian, Quartararo terbabas sekali lagi dan kali ini tidak mampu lagi meneruskan cabaran. Maka, kosong mata buat juara bertahan itu.

Francesco Bagnaia tebus kekecewaan perlumbaan sebelum ini.
Francesco Bagnaia tebus kekecewaan perlumbaan sebelum ini.
Marco Bezzecchi cukup gembira dengan kejayaan ini.
Marco Bezzecchi cukup gembira dengan kejayaan ini.

Perlanggarannya dengan Quartararo menyebabkan Espargaro terpaksa mengejar dari belakang. Namun begitu, semangat juang yang sangat tinggi serta kemantapan prestasi jentera telah memberikan peluang untuk Espargaro memecut dengan penuh keyakinan. Dari tempat ke-15, dia telah berjaya memintas seorang demi seorang sehinggalah berjaya menerima kibaran bendera penamat di tempat keempat. Betul-betul hebat!

'Happy' betul Vinales dengan prestasi jenteranya dalam pusingan kali ini.
'Happy' betul Vinales dengan prestasi jenteranya dalam pusingan kali ini.
Podium pertama Maverick Vinales dengan Aprilia.
Podium pertama Maverick Vinales dengan Aprilia.
'Superhero' Aleix Espargaro yang memecut dari posisi ke-15 untuk tamatkan saingan di tempat keempat.
'Superhero' Aleix Espargaro yang memecut dari posisi ke-15 untuk tamatkan saingan di tempat keempat.
Fabio jelas kecewa dengan apa yang telah berlaku pada hujung minggu lalu.
Fabio jelas kecewa dengan apa yang telah berlaku pada hujung minggu lalu.
Quartararo dikenakan penalti - Long Lap atas kesalahannya melanggar Aleix Espargaro.
Quartararo dikenakan penalti - Long Lap atas kesalahannya melanggar Aleix Espargaro.

Pecco agak selesa memimpin perlumbaan dengan kelebihan 1.3s manakala pertarungan untuk merebut tempat kedua agak sengit. Marco Bezzecchi mula merapatkan diri dan memberi tekanan kepada Brad Binder dan Jack Miller. Setelah sekian lama agak menyepi di belakang, kini Maverick Vinales sudah memiliki rentak yang sukar lagi untuk ditewaskan.

Bagnaia melintasi garisan penamat sebagai juara diikuti pelumba muda iaitu Marco Bezzechhi dari pasukan Mooney VR46 Racing Team. Vinales akhirnya meraih kejayaan podium buat pertama kalinya sejak bersama Aprilia apabila muncul sebagai pemenang tempat ketiga. Tunggangan 'superhero' Aleix Espargago membolehkan dia memintas Miller dan Binder serentak di Timmer Chicane untuk tempat keempat.

Brad Binder, tempat kelima.
Brad Binder, tempat kelima.
Alex Rins menamatkan saingannya di tempat ke-10.
Alex Rins menamatkan saingannya di tempat ke-10.

Paddock MotoGP kini berehat seketika untuk Cuti Musim Panas sebelum kembali beraksi di Pusingan 12 yang akan diadakan di Litar Silverstone pada 5 hingga 7 Ogos nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.