Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 Julai 2022

Izzat Zaidi Lakar Kemenangan di Litar Jempol, Negeri Sembilan

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing, Md Izzat Zaidi Md Salehan meraih kemenangan dalam perlumbaan akhir kelas CP150 di psingan kelima Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Jempol Negeri Sembilan.

Pelumba dari Selangor itu memulakan perlumbaan akhir di petak pertama selepas mencatatkan masa terpantas 44.310s pada sesi kelayakan manakala sesi super pole mecatatkan masa 44.023s. Pada awal perlumbaan Izzat telah mengerah tenaganya untuk berada terus di hadapan dan mengekang kemaraan pelumba-pelumba lain merampas kedudukannya sebagai pendahulu perlumbaan. Beliau amat yakin dengan ketahanan jentera serta kebolehannya untuk mempertahankan kedudukannya sepanjang perlumbaan

Izzat telah berjaya melengkapkan perlumbaanya selama 20 lap dengan konsisten di tempat pertama dengan catatan masa 14'48.244s. Tempat kedua pula dimenangi oleh pelumba pasukan Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Hakeem Anuar (14'50.015s) manakala Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing dengan catatan masa 14'51.180s.

Kategori CP125, Md Shafiq Rasol dari pasukan ONEXOX TKKR menguasai litar Jempol dengan kemenangan pertamanya. Beliau yang bermula di petak kedua berjaya menguasai perlumbaan dengan tenang selama 15 lap.

Walaupun mendapat tentangan sengit daripada pelumba-pelumba lain, kedudukan beliau di tempat pertama tidak tergugat. Syafiq kemudian melepasi garisan penamat dengan catatan masa 11'48.421s. Tempat kedua jatuh ke tangan Adib Rosley (YYPang Yamaha Racing) dengan catatan 11'51.944s. Manakala tempat ketiga menjadi milik rakan sepasukan Syafiq iaitu Md Hafiza Rofa yang mencatatkan masa 11'54.706s.

Sementara itu, Md Danish Aiman Zamrul sekali lagi membawa kemenangan buat pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing dalam kategori Wira KBS. Danish yang bermula di petak kedua dalam perlumbaan akhir Wira KBS membuat kejutan dengan memintas rakan sepasukannya pada lap terakhir.

Pada awal perlumbaan, beliau telah dipintas oleh rakan sepasukannya Md Syamil Amysar pada lap kedua. Walaubagaimanapun, Danish berjaya memintas Syamil selepas mendapat peluang ketika berada di lap ketujuh.

Pada empat lap seterusnya, Danish semakin rapat mengekori Md Adam Haikal. Pada lap terakhir, beliau mendapat peluang sekali lagi untuk merampas kedudukan pertama dan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9'36.357s. Rakan sepasukannya, Adam mendapat tempat kedua dan Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari pasukan Honda KC Racing di tempat ketiga. RR

Senarai Top 5 dalam pusingan kelima

CP150

  1. Md Izzat Zaidi Md Salehan, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, 14:48.244
  2. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 14:50.015
  3. Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - CKJ RACING, 14:51.180
  4. Nazirul Izzat Md Bahauddin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:53.739
  5. Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:56.594

CP125

  1. Md Shafiq Rasol, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:48.421
  2. Md Adib Rosley, YYPANG YAMAHA RACING TEAM, 11:51.944
  3. Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:54.706
  4. Abdullah Qayyum Abd Razak, ONEXOX RACING TEAM, 11:54.949
  5. Md Norhakim Md Norhafizullah, ONEXOX RACING TEAM, 11:55.276

Wira KBS

  1. Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, 9:36.357
  2. Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, 9:36.478
  3. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas, HONDA KC RACING, 9:41.971
  4. Md Syamil Amsyar Md Iffende, PETRONAS SPRINTA YAMAHA - 31 RACING, 9:42.918
  5. Md Farid Hakimi Farid Sezli, IDEMITSU HONDA YAM RACING, 9:46.151

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Hakim Danish Mahu Kekalkan Momentum di GP Jerman

Motul Jadi Penaja Rasmi Pasukan Honda Racing Malaysia bagi Musim 2026

Qabil Irfan Raih Podium Pertama Musim Ini

Jerez Jadi Medan Kebangkitan Qabil Irfan

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies.

Pandu Uji

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Kalau kita bercerita tentang jentera jalanan atau Streetbike kelas pertengahan yang betul-betul seimbang dari segi power, pengendalian dan feel tunggangan, Triumph Street Triple 765 adalah antara yang paling cemerlang.

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.