☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 1 Ogos 2022

Kasma Daniel Raih Dua Kemenangan di Pusingan 1, MSBK 2022

Pusingan 1, Perlumbaan 3 - Perlumbaan akhir bagi pusingan 1 Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) dimenangi oleh pelumba pasukan Yamaha GEN BLU Racing Team, Kasma Daniel Kasmayudin dalam kelas MSBK1000 A semalam.

Kasma ternyata mempamerkan prestasi yang cemerlang pada hujung minggu lalu dengan kemenangan berganda di kedudukan teratas manakala satu lagi kemenangan di tangga kedua.  Perlumbaan 2 telah memberikan beliau beberapa cabaran apabila gagal meraih podium pertama. Namun, Kasma kembali membuat kemunculan semula dengan mengerahkan seluruh tenaganya dalam perlumbaan 3 untuk bergelar juara.

Kasma bersama piala kemenangannya.
Kasma bersama piala kemenangannya.

Pada pelumbaan 3, Kasma telah memimpin perlumbaan dari awal dan meluru tepat di hadapan sehingga menjarakkan jurang yang luas di antara Azlan Shah. Dengan beberapa pusingan lagi sebelum melepasi garisan penamat, Kasma tetap mengekalkan rentaknya agar dia tidak mengalami masalah seperti perlumbaan sebelum ini.

Kasma akhirnya berjaya menamatkan perlumbaanya di tempat pertama dengan catatan masa 17’23:245s. Manakala Azlan Shah Kamaruzaman melepasi garisan penamat di tangga kedua buat kali kedua musim ini dengan catatan masa 17’24:674s. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Ahmad Daniel Haiqal lebih kurang 5 saat di belakang Azlan.

Kasma meraikan kemenangannya dalam perlumbaan 3 MSBK1000 A.
Kasma meraikan kemenangannya dalam perlumbaan 3 MSBK1000 A.

"Pada perlumbaan 3 saya lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Saya sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan perlumbaan ini dengan kemenangan," kata Kasma.

MSBK1000 B, Osma Mareai memperolehi mata terbanyak dalam tiga perlumbaan akhir untuk pusingan 1 ini. Walaupun jentera beliau mempunyai masalah teknikal seperti brek sepanjang perlumbaan, Osma tetap mengekalkan rentaknya dengan mempamerkan persembahan yang baik walaupun pencabarnya merapatkan jurang.

Sepanjang pelumbaan sebanyak 8 pusingan, beliau menggunakan segala kebolehan untuk menggerakkan jenteranya serta membuat keputusan yang tepat. Osma mencatatkan masa 18'24:819s selaku juara perlumbaan tiga. Tempat kedua dimenangi oleh Teo Yew Joe (18’25:854s) dan kedudukan ketika menjadi milik pelumba pasukan Mobilub Suzuki Racing Team, Khoo Chee Yen.

Azroy Hakeem Anuar berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan 3 MSBK600.
Azroy Hakeem Anuar berjaya meraih kemenangan dalam perlumbaan 3 MSBK600.

Dalam perlumbaan MSBK650, pelumba pasukan Boon Siew Honda Racing Team, Aroy Hakeem Anuar akhirnya berjaya menempatkan dirinya di tangga teratas podium pada pelrumbaan 3. Selepas ditewaskan dalam dua perlumbaan 1 dan 2 oleh rakan pasukannya Khairul Idham Pawi, Azroy akhirnya meraih kemenangan dengan sedikit tuah beserta ketangkasan dari segi teknikal dan ketangkasan jentera CBR600RR yang ditunggangnya.

Awal perlumbaan, KIP dengan yakin mengorak langkah di kedudukan pertama. Azroy kemudian mendapat rentak untuk memintasnya pada pertengahan perlumbaan. Pada dua pusingan terakhir, KIP mendapatkan momentumnya dan mendahului sekali lagi. Pertempuran di antara Azroy dan KIP berterusan di selekoh.

Azroy -20- menerima tentangan hebat oleh KIP -89-.
Azroy -20- menerima tentangan hebat oleh KIP -89-.

Walaubagaimanapun, Jentera yang ditunggang KIP hilang kawalan ketika ingin merampas semula kedudukan pertama. Namun beliau dengan pantas dapat mengawal jenteranya dari pada terbabas. Azroy menngambil peluang meluru ke hadapan apabila KIP terpaksa memperlahankan jenteranya.

Azroy berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 21'52:519s. Tempat kedua dan ketiga jatuh ke tangan pelumpa pasukan SIC Racing, Muhd Ibrahim Mohd Noroddin dan M Danial Syahmi A Shahril.

M. Farish Hafiy merikan kemenangannya,
M. Farish Hafiy merikan kemenangannya,

MSBK250 A, kemenangan hatrik buat pelumba pasukan SIC Racing, M. Farish Hafiy apabila menamatkan pusingan 1 Kejohanan Superbike Malaysia dalam perlumbaan 3. Ini merupakan sati lagi kemenangan beliau di tempat pertama.

Farish mempamerkan aksi yang luar biasa dengan menunggang jentera Kawasaki Ninja 250 untuk memimpin perlumbaan. Beliau dengan selesa menjaga kedudukannya sambil meningkatkan kelajuan. Manakala tiga pelumba lain di belakangya sedang berentap untuk merebut kedudukan teratas. Muhammad  Irfan Haykal Amidi dari pasukan Boon Siew Honda Racing Team yang bermula di petak terakhir berjaya mengerahkan tenaganya untuk berada di kedudukan empat teratas sebaik sahaja perlumbaan dimulakan.

Kemenangan hatrik M. Farish Hafiy selaku juara dalam perlumbaan 3 MSBK250 A.
Kemenangan hatrik M. Farish Hafiy selaku juara dalam perlumbaan 3 MSBK250 A.

Emil dan Farres berganding bahu untuk menewaskan Irfan. Walaupun Irfan melakukan beberapa kesilapan dalam beberapa pusingan terakhir, beliau berjaya mendapatkan momentumnya semula untuk meneruskan pencapaiannya.

Sementara itu, Farish yang berada di hadapan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 20'19:050s. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Muhammad  Irfan Haykal Amidi diikuti tempat ketiga, Emil Idzhar Ezuan.

Perlumbaan kelas MSBK250 B, Muhammad Fauzi Hassan berjaya merangkul gelaran juara dalam perlumbaan 3 selepas melepasi garisan penamat dengan catatan masa 21’59:579s. Tempat kedua pula dimenangi oleh Muhd Nur Haikal M Nur Fikri dan tempat ketiga jatuh ke tangan Ahmad Fariz Zafri.

Perlumbaan kelas Yamalube Yamaha Y16ZR Race MasterClass.
Perlumbaan kelas Yamalube Yamaha Y16ZR Race MasterClass.

Muhammad Fareez Afeez A Rahman dari pasukan Singdeca Racing meraih kemenangan dalam perlumbaan 2 Yamalube Yamaha Y16ZR Race MasterClass sekali gus menamatkan pusingan 1 MSBK 2022. Manakala kedudukan kedua, Muhd Faiz Azmi dari pasukan Sheng Kong Motor dan tangga ketiga ialah pelumba pasukan Liang Soon Racing Union, Abdullah Qayyum Abd Razak.

Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) pusingan 2 akan berlangsung pada 2hb hingga 4hb September 2022. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.